Wednesday, September 22, 2010

Tan Sri Hasmah Abdullah





Pendidikan dan Kerjaya
Tan Sri Hasmah dilahirkan pada 7 Januari 1951 dan mendapat pendidikan awal di Treacher Methodist Girls School, Taiping dan seterusnya di King Edward VII Secondary School, Taiping, Perak. Kemudian beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada 1973. Tamat pengajian peringkat Ijazah, beliau mula berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam Negeri sebagai pegawai sangkut dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Penaksir tetap pada 1 April 1973. Perkenalannya dengan jejaka pujaan, Ibrahim Karim membawa pasangan ini ke jenjang pelamin dan dikurniai empat cahayamata.
Beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada 19 Oktober 2006. Sejak menyertai JHDN/LHDNM pada tahun 1973, beliau pernah memegang beberapa jawatan di peringkat negeri mahupun Ibu Pejabat, memberi pengalaman yang luas dalam bidang operasi percukaian, cukai petroleum, pematuhan cukai, penyiasatan dan juga terbabit dalam draf pindaan undang-undang percukaian.


Sepanjang perkhidmatan, beliau menerima beberapa anugerah dan pingat kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) pada 2010, Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) pada 2007, Setia Mahkota Perlis (S.M.P) pada 2007, Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada 2002 dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada 1990.

No comments:

Post a Comment