Thursday, September 2, 2010

Nombor Pin Bank

Kebanyakan orang mempunyai akaun bank dan memiliki kad atm. Mungkin kita tanpa sedari, berlaku banyak kes rompakan berlaku di mesin ATM.
Di sini, ingin saya berkongsi info berkenaan langkah keselamatan sekiranya kita dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun kita daripada mesin ATM. Kita boleh meminta bantuan secara senyap dengan memasukkan nombor Pin kita di mesin ATM secara terbalik. Sebagai contoh jika nombor Pin kita adalah 123456, jadi kita memasukkan nombor 654321.
Mesin ATM akan mengenal pasti nombor tersebut adalah nombor yang telah diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad kita yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tetapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada kita. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
Maka dengan info ni, bolehlah kita menggunakan langkah keselamatan ini. Tetapi apa pun, kita seharusnya berteman jika ingin mengeluarkan wang di mesin ATM. Maka peratusan rompakan mungkin berkurang.. Kita pun selamat..

No comments:

Post a Comment