Tuesday, September 7, 2010

Janji Ibu dan Abah

Ibu dan Abah rindu sangat2 kat Nadia tau. Tak sabar nak jumpa raya nanti. Hari Jumaat (10/09/2010) kita jumpa tau. EsyaALLAH kami bertolak balik malam raya, bertakbir dalam kereta la.. Harap2 tak jem jalan. Suamiku dah telefon bgtau kat anak manja dia la. Hari yang dia telefon tu adalah petang Khamis (02/09/2010) selepas pulang dari kerja. Aku pun ada la cakap2 dengan Nadia, panggil nama dia dan kebiasaannya dia akan sahut.
"Mana Syarifah Nadia tu tah? Nadia... Ooo Nadia". Di hujung talian akan kedengaran sahutan suara dia, kata mak aku mata Nadia akan melilau ke sana ke mari mencari dari mana suara aku tu dan terkinja-kinja lagaknya. Alahai Nadia...geram je Ibu nak cium2 pipi dan laga hidung Nadia sampai merah2.. Abah cakap Nadia lagi putih dari Ibu. Pagi Sabtu (04/09/2010) Ibu call kampung, konon2 nk bual dengan Nadia la, tapi Tok (mak aku) kata Nadia tidur lagi. Tidur lagi?? Selalu bangun awal anak Ibu ni. Apa tidaknya malam tu Nadia tidor awal lepas Isyak. Tapi bangun jam 12am sampai la jam 4am. Jenuh Tok sengkang mata tengok Nadia berkubang. Elok2 azan Subuh je, Nadia dah bangun. Macam tu la cerita mak aku. Patut la time aku call dia tidur. Nadia.. Awat Nadia tak tidur awal pagi tadi??
Bila dipikir2 balik, baru aku teringat kenapa Nadia tak tidur? Mungkin sebab Nadia ingat akan janji kami iaitu balik kampung hari Jumaat. Maknanya Jumaat depan, bukan Jumaat semalam. Aduh mesti Nadia tunggu kami, itu pasal dia tak tidur. Apa tidaknya, kami selalu sampai ke kampung awal pagi, elok2 Nadia bangun pagi, muka kami dah terpampang depan dia. Patut la malam itu, aku ada termimpi yang adik ku cakap perihal Nadia ni yang pandai tengok Kalendar. Nadia ni memang suka tengok Kalendar kat dinding bila berdukung, pastu senyum2 dan tangan mula la nak capai pegang.
Asal aku call kampung time pagi nak bcakap dengan Nadia, dia mesti tidur lagi. Bila petang pun sama. Nadia Nadia..rajuk dengan Ibu dan Abah ker? Okey nanti kami balik awal, esyaALLAH petang Rabu esok (08/09/2010). Nadia tunggu Ibu dan Abah tau. Tenghari semalam (06/09/2010) mak aku call, saja nak bagi peluang aku bual dengan Nadia la. Tapi Nadia diam je kalau aku panggil nama dia. Mata dia saja melilau sana sini. Tapi bila mak berbual dengan aku, terdengar pula suara dia berceloteh apa entah..sambil berkubang la.. Nadia..Nadia pandai la main rajuk2 lak dia. Mak aku bgtau jam 6am itu, mereka (ayah, mak, Nadia) pergi ke Stesyen Bas Express ambil adik aku la (balik bercuti raya). Time balik Nadia nangis je dalam kereta, tak mahu berdukung dengan Mak Su dia. Wahh syahdu je dengar cerita, mesti Nadia rindu sangat2 kat Ibu dan Abah yer? Sabar la nanti kami balik jumpa Nadia.
Kami pun rindu kat Nadia jugak tau. Dekat sebulan lebih tak jumpa Nadia tau. Ibu dan Abah perlu uruskan banyak hal. EsyaALLAH lepas raya nanti kita pindah rumah tau. Kita duduk kat Putrajaya pulak. Nanti kami cari nursery untuk Nadia. Nadia tinggal dengan Ibu dan Abah tau.. Moga urusan kita ini dipermudahkan DIA. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment