Monday, September 6, 2010

Buku Wanita Paling Bahagia




Judul : 130 resipi untuk menjadi wanita paling bahagia di dunia
Pengarang : Al-Qarni, ‘Aidh Abdullah
Penerbit : Thinker’s Library
Tahun : 2009
Bil. Muka Surat : 207 halaman
Tajuk Perkara : MUSLIM WOMEN – CONDUCT OF LIFE
Wanita, kau lah penyeri hidup di dunia, peneman yang sejati, kasih yang berbudi dan disanjung tinggi. Itulah ungkapan yang sentiasa diungkapkan kepada wanita solehah. Dalam buku ini memberi 130 nasihat atau amanat untuk rujukan para wanita untuk menjadi insan yang paling bahagia di dunia dan mendapat keredhaan Allah SWT, esyaALLAH.. Banyak mutiara kata yang diselitkan yang mempunyai maksud yang tersendiri. Bersabarlah dalam menempuh dugaan di dunia kerana kesenangan menantimu di akhirat. Teguhkan hatimu kerana di situ lah adanya keredhaan Allah. Lindungilah perhiasanmu itu kerana ianya adalah hartamu yang paling berharga kurniaanNYA.. Jadikanlah buku ini sebagai teman anda semoga ianya menjadi teman rapatmu untuk mencapai kebahagiaan.. EsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment