Showing posts with label bERita NeWS??. Show all posts
Showing posts with label bERita NeWS??. Show all posts

Monday, January 10, 2011

FaceBOOk?? Nak T.U.T.U.P??

Hmmmm... Lama sudah ku x update blog ku ni.. Sibuk la kot.. Ahaukssssssss... Tp biasa la org bkeje mmg gini la.. Kat ofis kna la uat keje.. Balik umh kna la uat keje umah lak..
Ok, pagi2 ni ku baca paper dlu la.. Sementara tggu mood nk uat keje la kan... Terus ku terbaca artikel ni kat Kosmo.... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
B.E.T.U.L... ke ni atau sebagai propaganda je? so kita pakat2 pk la hehehe... Menurut akbar ni Facebook akan ditutup pada Mac 2011.. Sebabnya pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
Hmmm ye la sapa yg x tension kalau asyik keje je kan.... Kadang2 tu nk gak kebebasan untuk hidup lebih sempurna.. Duit boleh dicari.. Tapi masa yang telah berlalu mana nk cari.... Tul x? Haaaa ada sapa2 yang nk J.U.A.L....M.A.S.A. tak? Saya nk beli? hehehehe...
Soooo sementara masih ada masa ni, jom kita pakat2 save gambar memori kita yg berlambak kat Facebook... Takut2 nty betul2 kena tutup........bis semua memory kita....
Jommmmmmmmmmm saveeeeeeeee.... (*_*).....v

Friday, November 19, 2010

Raja Farah & Megat Bashirun

SeLAmaT PeNG@nTiN bArU .... (*_*)_v




BIARPUN berdepan pelbagai spekulasi dan kontroversi, majlis pernikahan pelakon, Raja Farah Raja Aziz, 22, dengan pasangannya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, tetap berlangsung dengan jayanya.

Paling mengejutkan, mengenai pengakuan sudah bertunang pada 9 Oktober lalu secara senyap diikuti perancangan pernikahan pada waktu terdekat hingga timbul spekulasi mengenai pernikahan mereka.



Pasangan pengantin yang anggun mengenakan busana berwarna putih tajaan dan rekaan Syahmir Nur Din memilih konsep pernikahan taman air yang direka khas perundingan pengantin, Reka Teemor.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa mas kahwin (RM888) dan cincin, telefon bimbit iPhone 4, minyak wangi (Gucci) dan barang solekan (Dior), set persalinan kain termasuk telekung, sejadah, pulut kuning, sirih junjung, set lengkap al-Quran, tasbih dan rehal.
Ia dibalas sembilan oleh pihak perempuan - sejadah dan kain pelekat, telefon bimbit iPhone 4, jam tangan (Tissot), Cincin (Habib), kek, dompet dan tali pinggang (Dunhill), minyak wangi (Issey Miyake), sirih junjung, al-Quran dan tasbih.


Saudara-mara dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin hadir pada majlis yang ringkas penuh makna itu. Rakan artis turut hadir antaranya Anita Baharom, Anith Aqilah dan Faezah Elai.




Kelab malam khayalan dijual RM1.98 juta

GAMBAR menunjukkan suasana di dalam Kelab Malam Neverdie di alam khayalan Entropia Universe.




LOS ANGELES - Seorang selebriti di alam siber, Jon Jacobs mengejutkan pakar-pakar apabila dia berjaya menjual kelab malam dunia khayalan di Internet pada harga AS$635,000 (RM1.98 juta) dalam bentuk wang tunai sebenar kepada seorang pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.




Dia merancang untuk menggunakan wang itu bagi memulakan usaha niaga dan mencari cara untuk membuat keuntungan dengan media tradisional melibatkan produser Hollywood.




Jacobs yang dilahirkan di London, Britain pada mulanya menyertai permainan dalam talian di dunia khayalan Entropia Universe dengan membeli Resort Angkasa Lepas Asteroid pada harga AS$100,000 (RM311,999) pada 2005.




Jacobs memajukan asteroid itu yang turut dikenali sebagai kelab malam Neverdie dan menjualnya pada harga AS$635,000.




Dia terpaksa memajakkan rumahnya di alam nyata untuk mendapatkan wang tunai bagi membeli resort angkasa lepas itu.




Resort angkasa lepas itu turut dilengkapi dengan sebuah stadium, apartmen dan sebuah pusat beli-belah yang membolehkan dia memperoleh pendapatan AS$200,000 (RM623,999) dalam bentuk wang tunai setiap tahun daripada pengguna alam maya yang membeli barang dan perkhidmatannya.




Menurut majalah Forbes, jualan itu mungkin yang paling tinggi dalam dunia siber kerana sebelum ini seorang pemilik watak Erik Buzz Lightyear di Entropia Universe membeli Stesen Angkasa Lepas Crystal Palace pada harga AS$330,000 (RM1.02 juta) pada 2009.




Seorang lagi pelajar sebuah sekolah tinggi, Mike Everest dari Durango di Colorado dan ibunya memperoleh AS$35,000 (RM109,200) dengan membina dan menjual senjata di dunia khayalan Entropia pada 2006. - Agensi

Thursday, November 11, 2010

Katak 1.3kg

TEMAN ISTIMEWA...Muqri menunjukkan katak digelar ‘Chica’ yang dibelanya.



PASIR MAS: Berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar memelihara burung atau kucing sebagai haiwan peliharaan, Mohd Muqri Ramli, 5, pula mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’.

Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.
Harian Metro yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Chica Tinggi itu mendapati ramai penduduk datang melihat katak terbabit berikutan saiznya agak besar berbanding katak biasa ditemui.
Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya.
“Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran ‘Chica’.
“Walaupun orang ramai geli tetapi bagi saya katak ini istimewa kerana tidak mengganggu orang lain yang datang membeli di kedai runcit emak saya,” katanya.
Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya.
Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.
“Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya.
“Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya,” katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter.

Tuesday, November 2, 2010

Rela mati demi isteri

KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.
Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.
Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.
“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.
Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.
Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.

Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.
**********************Oleh Hadzlan Hassan hadzlan@hmetro.com.my****************
2nov2010

Wednesday, September 1, 2010

Bayi dalam beg kertas

==> IBU... adik selamat lahir ke dunia baru ini. Sebelum adik lahir ke dunia ni, adik ada bertanya pada Tuhan tentang siapa yang akan jaga adik nanti di dunia ini sebab adik dengar di dunia ni ramai org jahat, adik takut.., Tuhan jawab "IBU yang akan jaga adik"..

Adik bgtau adik suka tingggal di dalam syurga (alam rahim) sbb aman dan selamat xsama dengan di dunia ni, tapi Tuhan jawab "Di dunia nanti IBU akan jaga adik dengan kasih sayang dan penuh dengan cinta sejati".


Adik tanya lagi, nanti di dunia siapa yang akan ajar dan didik adik untuk sentiasa mengingati Tuhan, Tuhan jawab "Di dunia nanti IBU akan mengajar adik tentang zikir, selawat dan agama untuk menjadi insan yang mulia".


Sejak dari itu, adik tidak sabar2 untuk lahir ke dunia untuk bertemu dengan IBU. Adik nak menjadi anak yang terBAIK untuk IBU.. Itu janji adik.

Pada detik2 yang dijanjikan Tuhan untuk kelahiran adik, dengan mudahnya Tuhan membantu IBU, sbb adik tak nak sakitkan IBU..kesian ibu bertarung nyawa untuk adik.. Pertama kali adik lihat wajah ibu, adik gembira sangat. Syukur kepada Tuhan kerana memberi IBU yang cantik kepada adik. Hanya beberapa saat menatap wajah ibu, adik dibungkus dengan kain sarung ibu. Mungkin kain ini adalah hadiah pertama buat adik dari IBU. Terima kasih ibu.

IBU berikan adik kepada seorang lelaki, adakah dia bapa adik? Adik tatap wajah dia, ada riak kegusaran diwajahnya. Lalu adik dimasukkan ke dlm beg kertas. Adik terasa seolah2 berada di awangan ketika beg kertas tersebut berayun2.. Sampai di suatu tempat, tiada lg ayunan dr beg plastik tersebut, hanya kedengar riuk-pikuk yang amat bising. Adik haus sgt sebab cuaca panas dan IBU tidak menyusukan adik td. Adik takut.. Adik menangis sekuat hati..
Sehingglah terjadinya peristiwa ini...

IBU...mana ibu?? Adik mahu IBU.. Adik takut... Kenapa ibu tinggalkan adik? Ibu xsayang adik ker? Apa salah dan dosa adik? Adik kan dah bJANJI dengan Tuhan yang adik nk jadi anak yang terBAIK untuk IBU...
IBU...Adik nak gapai tangan ibu yang lembut tadi.. Adik takut.. Adik ingat lagi apa yang Tuhan jawab semua persoalan adik semasa di syurga. Tuhan tiadak akan mungkir janjiNYA.. Tapi mengapa ibu buat adik macam ni? Dunia ini penuh dengan tipu muslihat..
paparan akhbar Harian Metro..
Bayi dalam beg kertas
2010/08/30

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam. (papan tanda " Beri Laluan").





Satu penipuan

==> saya ada juga terlihat rakaman di FB yg dipaparkan oleh rakan2.. Pada mulanya pelbagai andaian dibuat.. adakah ianya benar atau tidak? Tp bila difikir2 balik, terlintas di fikiran, sekarang teknologi begitu canggih mustahil org yg mempunyai niat tertentu sengaja membuat rakaman sebegini. So sekarang kebenaran telah tbukti seperti paparan akhbar hari ni. Maka sebagai peringatan kpd saya sendiri dan sahabat2 smua, jgn lah mudah terpedaya dgn tipu muslihat ini semua, jika kita ada kmusyikilan eloklah kita rujuk pada pakar agama..


Satu penipuan
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid
2010/09/01

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.
Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.
Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.
Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan. Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat. Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.
Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal. “Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian