Monday, September 6, 2010

Buku Resepi Aneka Hidangan Hari Raya


Judul : Aneka hidangan hari raya
Pengarang : -
Penerbit : Alaf 21
Tahun : 2010
Bil. Muka Surat : 44 halaman
Tajuk Perkara : RECIPES
Buku ini menyediakan pelbagai jenis hidangan untuk Hari Raya dari pelbagai jenis nasi, rendang, lauk, biskut dan kek. Antara jenis nasi ialah Nasi Tomato, Nasi Beriani, Nasi Minyak, Nasi Dagang dan lain-lain. Antara jenis rendang ialah Rendang Itik, Rendang Daging, Rendang Limpa, lauk-pauk pula ialah Ayam Masak Merah, Ayam Dendeng dan banyak lagi. Manakala untuk biskut dan kek pula antaranya ialah Biskut Suji, Biskut Tat Nenas, Biskut Mentega, Kek Lapis, Kek Marmar, Kek Coklat Moist dan banyak lagi. Buku ini juga memaparkan gambar bg setiap resepi, mudah dan amat berkesan bg sesiapa yang ingin belajar memasak. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment