Monday, September 6, 2010

Buku Nota Wasiat

Judul : Nota wasiat
Pengarang : Md Ghazali Ibrahim
Penerbit : Must Read
Tahun : 2010
Bil. Muka Surat : 207 halaman
Tajuk Perkara : WILLS (ISLAMIC LAW)
Sudahkah anda membuat nota wasiat sebelum peninggalan anda dari alam yang fana ini? Buku Nota Wasiat ini harus dimiliki oleh setiap insan bagi memudahkan harta sepeninggalannya diurus dengan teratur, mudah dan yang paling penting adalah mematuhi hukum syariat. Kita sebagai umat Islam seharusnya mengambil berat akan hal ini. Wasiat terbahagi kepada 3 jenis wasiat iaitu Wasiat Sedekah Jariah, Wasiat Nasihat (Pesanan), Wasiat Wasi (Pengamanahan).
Dalam buku ini juga, ada disertakan contoh untuk membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka. Dengan adanya surat wasiat ini, maka kekalutan untuk pihak waris membuat tuntutan dapat dielakkan dan masa yang diambil untuk urusan ini adalah singkat berbanding jika tidak membuat wasiat secara bertulis. Hal ini kerana terdapat pelbagai prosedur untuk membuat tuntutan harta jika surat wasiat tidak dibuat. Maka untuk memudahkan waris kita, eloklah kita membuat perancangan awal untuk membuat surat wasiat.
Kematian tidak mengenal jantina, usia, pangkat dan darjat. Maka marilah kita membuat persediaan. Uruslah harta kita dengan sempurna berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah buku ini sebagai koleksi rujukan kita bersama.. EsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment