Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung di Perlis

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur kami pada hari ini. Semasa bgun td, ujan renyai2, seolah2 menangisi pengakhir Ramadhan. Adakah ini rahmat Lailatul Qadar? Mungkin juga sebab hari ini kan 29Ramadhan 1431H. Moga mendapat keberkatanNYA di pengakhir Ramadhan tahun ini. Selepas je sahur tadi, ku mengemas apa2 yang patut sebelum balik kampung. Bersemangat tau nak balik kampung ni. Barang2 smua dh masuk dlm bonet kereta, jam 6.30am kami bertolak dari rumah ke pejabat la.
Jalan lancar, mungkin ramai yang dah bercuti dan balik kampung. Kesesakan di Jalan Perkasa, Maluri, di Bulatan Pandan, di Jalan TAR dan di Jalan Duta yang kebiasaan sesak kini lancar. Alhamdulillah jam 6.50am kami dah sampai di pejabat. Hari2 macam ni kan best, xsesak hehe.. Tapi petang nanti selepas waktu pejabat, ku xleh bayangkan lagi. Harap2 semua lancar.
Jam 9.14am, mak aku call tanya bila kami nak bertolak. Kedengaran suara Nadia berceloteh apa entah. Mak ku tengah buat ketupat palas. Sedap2 xsabar nk makan ketupat cicah kari ayam. Sempat juga berbual dengan Nadia, bila dipanggil dia diam, bila aku berbual dengan mak, mula la dengar suara Nadia, seolah2 tidak puas hati untuk berbual dengan aku. Akhirnya dapat juga dengar sahutan suara dia bila ku panggil namanya. Aku memberitahu pada Nadia yang kami akan balik petang nanti, mungkin akan sampai malam. Nadia tunggu Ibu dan Abah tau. Tak sabar nak jumpa Nadia....

No comments:

Post a Comment