Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Closed???? Cuti Panjang????


ASsalammualaikum semua...
pasti semua terkejut dengan board di atas hehehe

hmmm saya akan TUTUP Kedai Ruby
buat sementara waktu sahaja...
sebab nk berCUTI PANJANGgggg...
Mulai Bulan Oktober 2013
sebarang tempahan telah ditutup


hehehehe
saya akan cuti bersalin la kawan2...
untuk baby ke2 saya..


Mungkin bulan 12 nty akan dibuka semula
@ tunggu Tahun Baru 2014

# doakan yg terbaik untuk saya n baby..
10s semua..


Monday, June 20, 2011

STrE$

Pak Cik ni tengah stress la... Ku yang tengok pun boleh naik stress hehehe...












Bila kita berasa stress??


#dalam bahaya


#cuba melakulan banyak perkara dalam 1 masa
#pengurusan masa yang teruk


#membuat keputusan tergesa-gesa








Perkara biasa terjadi yang menyumbangkan masalah stress..


#seseorang memungkiri janji


#masalah dengan komputer


#tidak boleh tidur


#tidak siap kerja


#rasa dipinggirkan


#putus cinta








Tanda stress....


#fizikal (gangguan tidur, pening, migrain, lemah sistem pertahanan badan)


#emosi (kelesuan, sedih, gelisah, marah)








Kenapa saya stress??


#faktor diri (masalah kesihatan, perhubungan, emosi)


#faktor sosial (persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi)


#faktor trauma (berlaku situasi tidak diingini, kematian)


#faktor fikiran (risau, takut pada sesuatu yang tidak pasti)











Kanak-kanak juga menghadapai stress tau... So jangan biarkan mereka mengalami stress. Ajar dan bantulah mereka...








Hmmmm haiwan pun ada stress jugak ker? hohohoho... klu tengok haiwan perliharaan kita murung semacam je... So betullah mereka pun stress.. So bawalah berjumpa doktor haiwan... (^_*)....v









Walaupun stree sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yang terbaik..








Semoga anda dapat menangani stress dengan baik... (*_*)....v

Wednesday, March 16, 2011

Kahak Litupi Paru-paru (Bronkiul Akut)




MESIN penyedut khas digunakan bagi mengeluarkan kahak yang mula melitupi paru-paru.
PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk.



Keesokan paginya selepas memandikan Mia, Hanisah menyusukan anaknya seperti biasa. Tetapi Mia kelihatan gelisah seakan-akan sukar untuk bernafas. Mia menolak susu yang diberi Hanisah. Hanisah mula risau. Dia kemudian membawa anaknya ke hospital dan berjumpa doktor pakar.



Mia didiagnosis penyakit bronkiul akut. Nasib baik Hanisah cepat bertindak sementelah kahak telah berkumpul di hidung dan paru-paru Mia. Keadaan lebih teruk berlaku pada Chacha. Bayi lelaki berusia lima bulan itu tidak tidur sepanjang malam. Nafasnya mengah dan dadanya berombak-ombak. Kepalanya panas, batuknya kerap dan kadangkala tidak putus. Sesekali berbunyi nafas berdehit.


Muntah
Ubat demam dan antibiotik yang dibekalkan sebuah klinik tidak dapat ditelan Chacha. Semuanya dimuntahkan semula. Chacha kemudian dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Chacha dijangkiti penyakit bronkiul akut pada tahap yang teruk. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan.



Lima hari Chacha berada di ICU dan tidak sedarkan diri. Setiap hari dia diberi Nebulizer (ubat cairkan kahak) sebelum kahaknya disedut menggunakan pam penyedut melalui hidung dan mulut. Selepas seminggu, Chacha dapat bernafas seperti biasa dan dipindahkan ke wad biasa.
Namun, batuknya masih teruk dan berkahak. Selepas dua minggu, barulah Chacha dibenarkan pulang ke rumah.



“Penyakit bronkiul akut terjadi disebabkan jangkitan beberapa jenis virus pada paru-paru. Paling kerap ia disebabkan oleh virus sinsitium pernafasan (RSV). “Virus itu menyebabkan paru-paru berkahak dan saluran pernafasan menjadi sempit. “Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berusia di bawah dua tahun,” kata Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Noor Aziah Mohd. Saari kepada Jurnal.



Ujarnya, jangkitan virus tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Anak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak memang lebih kerap mendapat jangkitan respiratori melalui batuk dan selesema secara tidak langsung daripada kanak-kanak lain. “Ini kerana mereka terdedah kepada lebih ramai kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.



“Cara yang paling baik untuk mencegahnya ialah dengan mengasingkan kanak-kanak yang menghidap demam dan batuk di bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang berlainan. “Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga lebih menguatkan antibodi seseorang bayi daripada dijangkiti pada usia yang sangat muda,” katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan kanak-kanak.



Berulang
Jelasnya, bronkiul akut juga sangat berkait rapat dengan persekitaran yang berhabuk, selain pendedahan kepada asap rokok serta binatang peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan hamster. Malah, pendedahan kepada asap rokok semasa di dalam kandungan mendedahkan bayi kepada risiko bronkiul akut dan asma.



Aziah memberitahu, penyebab penyakit ini adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak berkesan kecuali jika terdapat jangkitan bakteria. Namun, antivirus tidak digunakan secara meluas memandangkan ia mempunyai kesan sampingan. Ditanya sama ada penyakit tersebut boleh berulang, Aziah memberitahu, bronkiul akut boleh berulang disebabkan radang yang menyerang paru-paru.



“Jika simptomnya berterusan selama lebih tiga bulan, keadaan mungkin menjadi kronik. Lebih lazim lagi, bronkiul akut sering berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai sejarah alergi atau asma dalam keluarga. “Dengan itu, simptom berpanjangan mungkin berkait rapat dengan masalah asma penghidap bronkiul akut.



“Penyakit ini boleh pulih sepenuhnya kalau dirawat pada peringkat awal terutama jika kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah asma atau alergi dalam keluarganya,” katanya. Ulas Aziah lagi, bronkiul akut juga boleh menjadi lebih rumit jika berlaku jangkitan radang paru-paru disebabkan bakteria.



“Dalam keadaan yang lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kegagalan respiratori akut, iaitu keadaan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik dan paras oksigen dalam darah turun ke tahap yang berbahaya. “Dalam keadaan ini, bantuan dengan mesin pernafasan adalah perlu,” katanya.




*info dari Kosmo , oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Friday, November 12, 2010

Correct Timing to Drink Water



Correct timing to take water. It will maximize its effectiveness to your body.



Two (02) glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke







Thursday, November 11, 2010

Proses Jual Beli Rumah

Pertamanya, pastikan pemaju perumahan mempunyai rekod yang boleh diyakini sama ada pemaju tersebut pernah terlibat dengan projek yang lain dan apakah perkembangan projek tersebut. Menurut Seksyen 5 Akta Pemaju Perumahan, pemaju mesti mendapatkan lesen kelulusan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum menjalankan sebarang aktiviti berkaitan dengan projek perumahan termasuklah mengiklankan untuk menjual sebarang unit jenis rumah. Oleh itu, sekurang-kurangnya telitilah brosur-brosur yang terdapat di tapak jualan sama ada kelulusan daripada Kementerian Perumahan ada dinyatakan di situ. Malah sekiranya pemaju membuat iklan di media cetak sudah tentu nombor lesen dan kelulusan dinyatakan di dalamnya.
Kemudian, bertanyalah mengenai tanah itu sendiri, adakah ia pegangan bebas atau pajakan daripada pihak berkuasa negeri. Maksud ‘pegangan bebas’ ialah hak milik ke atas tanah itu adalah untuk selama-lamanya. Ini berbeza daripada tanah pajakan daripada kerajaan negeri, di mana tanah tersebut hanya boleh dimiliki oleh pemilik berdaftar selama tempoh pajakan yang lazim selama 99 tahun dari tarikh penganugerahan tanah tersebut. Tarikh luput pajakan tanah akan dinyatakan di atas surat hak milik. Kadang-kadang pembeli lebih gemar memilih projek di kawasan di mana pemilikannya adalah pegangan bebas tetapi ini adalah pilihan peribadi sahaja. Dari segi undang-undang tidak ada masalah sekiranya tanah itu adalah tanah pajakan, cuma pastikan tempoh pajakan pada geran yang akan dikeluarkan kepada lot yang dipilih itu nanti memadai.

Juga mungkin harga pasaran bagi tanah pegangan bebas lebih tinggi berbanding dengan tanah pajakan. Tetapi yang pentingnya lokasi, kerana ada juga tanah pajakan di lokasi strategik yang nilainya naik mendadak.
Ketiganya, bertanyalah sama ada ada sebarang sekatan kepentingan ke atas hartanah tersebut. Maksud ‘sekatan kepentingan’ ialah sebarang had-had yang dikenakan oleh pihak berkuasa negeri ke atas hak pemilik berdaftar untuk menjalankan urusan-urusan atas tanah tersebut. Misalnya, sekatan kepentingan yang lazim ialah yang menyatakan bahawa tanah tidak boleh dipindah milik, dipajak, dicagar atau digadai tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa negeri.
Seterusnya, sebagai langkah lebih berjaga-jaga, pembeli boleh membuat satu carian rasmi di Pejabat Tanah berkenaan untuk memastikan status terkini tanah di dalam pendaftar. Ini hanya boleh dilakukan sekiranya hartanah itu sudah ada surat hak milik berasingan. Carian rasmi ke atas tanah tersebut akan menunjukkan siapakah pemilik berdaftar terkini serta sebarang urusan yang telah didaftarkan atas tanah itu seperti kaveat atau gadaian. Lazimnya bayaran yang dikenakan untuk carian rasmi oleh Pejabat Tanah ialah RM30.
Pembeli juga mesti ada banyak lagi persoalan berkenaan hartanah seperti reka bentuk dan saiz rumah, kemudahan-kemudahan awam atau komersial berdekatan dan lain-lain yang juga perlu ditanya dan dibincang sebelum membuat keputusan pembelian.
Selain itu, ada juga pembeli yang mementingkan faktor-faktor pelaburan seperti peningkatan pelaburan awal hartanah itu dan kadar sewa yang boleh diperoleh. Walau apa pun keutamaan anda, pastikan anda juga menimbangkan faktor-faktor yang dibincangkan di atas.
Sumber Maklumat: Utusan Malaysia

Wednesday, November 10, 2010

Pusat Jagaan Anak

KUALA LUMPUR: Penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja mampu mendorong pekerja, terdiri golongan ibu dan bapa, lebih fokus terhadap tugas yang diberi, setia kepada majikan dan meningkatkan produktiviti mereka, seterusnya membantu pembangunan sesebuah syarikat.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, laporan mengenai bayi hilang, anak dicuri, amah kurang siuman dan kes dera dilakukan penjaga kanak-kanak menambah kerisauan ibu bapa sehingga ramai pekerja wanita mengambil keputusan menarik diri dari pasaran kerja untuk menjaga anak masing-masing.

Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan banyak organisasi mengalami kerugian dari segi kumpulan bakat apabila kehilangan pekerja mahir manakala negara pula kerugian dari aspek sumber manusia berkualiti.

“Cara paling efektif untuk menyelesaikan masalah ini adalah setiap majikan perlu menyediakan pusat jagaan di tempat kerja bagi menempatkan anak-anak pekerja mereka.
“Banyak kelebihan boleh diperoleh majikan sekiranya menyediakan pusat jagaan berkenaan, antaranya menjadi pilihan utama golongan pekerja dan ia terbukti apabila laporan Fortune 500 mendedahkan hampir satu pertiga daripada syarikat yang menjadi pilihan utama adalah yang mempunyai pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan dokumen panduan ‘How To Set Up A Child Care Centre At The Work Place’ (Bagaimana membuka pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja) hasil kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), di Menara SSM, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin dan wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) di Malaysia dan Brunei, Hans Olsen.

Puasa Arafah

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia boleh melakukan ibadat puasa Arafah pada 16 November ini bersamaan 9 Zulhijjah 1431H, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Menurutnya, ini kerana 1 Zulhijjah jatuh pada 8 November manakala 10 Zulhijjah 1431H, Hari Raya Korban pula pada 17 November depan.

“Asas penentuan Aidiladha di Malaysia selaras dengan Singapura dan Indonesia, malah kebetulan pada tahun ini Brunei Darussalam dijadualkan bersama merayakan Hari Raya Korban pada tarikh berkenaan.
“Untuk makluman lanjut mengenai penentuan ini, orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data berkaitan melalui laman web Jakim di laman sesawang,” katanya.

Kualiti Nutrisi

KEPERLUAN nutrisi bagi kanak-kanak berusia lingkungan satu hingga enam tahun dan enam hingga 12 tahun sangat berbeza disebabkan faktor tumbesaran dan penggunaan tenaga dalam keperluan harian mereka.

Bagaimanapun, tidak semua ibu bapa mengetahui jenis keperluan nutrisi sebenar bagi kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan.

Kebiasaannya mereka sering bertanya sama ada anak menerima jumlah pengambilan nutrisi secukupnya.

Menurut Pakar Nutrisi Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady), Quah Ye Vian, tidak dinafikan usia sedemikian adalah saat kritikal dalam pengambilan jumlah makanan bagi kanak-kanak kerana ia boleh memberikan kesan kepada tahap kesihatan masa depan mereka.

"Kanak-kanak memilih makanan bukan berdasarkan khasiat hidangan yang disediakan tapi disebabkan cara ia dipersembahkan kepada mereka yang menjadikan makanan itu melazatkan terutama bagi makanan segera.

"Sekiranya tidak dikawal ia boleh menjadi tabiat pemakanan kurang berkhasiat dan memberi kesan buruk pada faktor pembelajaran dan tumbesaran anak," katanya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa katanya, mereka perlu menjaga dan memantau bentuk hidangan yang diberikan kepada anak-anak agar kesan jangka masa panjang yang diperoleh dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan tumbesaran bukan sebaliknya.

Dia turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak memberikan kebebasan kepada anak-anak dalam memilih makanan harian sebaliknya menetapkan had yang boleh diikuti agar segala nutrisi diperlukan diambil secara berterusan.

"Jika berhadapan dengan ragam anak yang memilih bentuk makanan, pelbagaikan corak pengambilan makanan mereka setiap hari agar mereka tidak mudah bosan.

"Saya yakin bentuk pemakanan yang betul bermula dari rumah dan peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak mendapatkan keperluan tumbesaran dengan secukupnya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dutch Lady Kid dan Dutch Lady School di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, Rahul Colaco dan Pengurus Penjenamaan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Christy Yong.

Sebagai peneraju produk tenusu terkemuka, Dutch Lady memperkenalkan minuman UHT pertama yang dirumus khas agar bersesuaian dengan keperluan tumbesaran usia kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan.

Kedua-dua produk susu ini dihasilkan berdasarkan pemahaman bahawa dalam usia membesar, kanak-kanak melalui satu proses tumbesaran yang giat dalam segala aspek. Justeru, mereka memerlukan nutrisi berbeza bagi setiap peringkat usia berlainan.

Minuman Dutch Lady Kid yang diperuntukkan kepada kanak-kanak berusia satu tahun hingga enam tahun ini diperkaya dengan khasiat seperti magnesium, vitamin D, vitamin A, kalsium dan protein bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fizikal yang cepat sesuai dengan mereka yang berada dalam lingkungan usia berkenaan.

Sementara itu, susu Dutch Lady School pula memiliki khasiat omega-3, omega-6, vitamin B3 dan vitamin B6 yang mempunyai pengaruh besar bagi perkembangan kanak-kanak berusia enam tahun hingga 12 tahun.

Apabila memulakan alam persekolahan, kanak-kanak dalam kumpulan usia sebegini memerlukan khasiat pemakanan sebanyak mungkin untuk membantu memanjangkan masa tumpuan dan mempertingkatkan perkembangan otak mereka.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Bas Van Den Berg, berkata pelancaran produk susu berkenaan menunjukkan tumbesaran kanak-kanak banyak dipengaruhi jumlah nutrisi yang diambil pada peringkat awal pembesaran.

"Susu sememangnya memainkan peranan penting dalam membekalkan khasiat diperlukan kanak-kanak dan kami percaya ia juga seharusnya dinikmati semua tanpa mengira peringkat umur," katanya.

Tersedia dalam tiga perasa iaitu susu penuh krim, strawberi dan coklat, Dutch Lady Kid dijual dalam isian pek 125 mililiter pada harga RM3.80 untuk setiap pek yang mengandungi empat kotak susu.

Sementara itu, Dutch Lady School pula ditawarkan dalam isian pek 200 mililiter berharga RM8.40 untuk setiap pek berisi enam kotak susu.

Di samping itu, sempena pelancaran berkenaan, Dutch Lady turut menganjurkan peraduan istimewa Let's Hear from the Kids di laman Facebook dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi merangkumi wang tunai dan produk susu.

Peraduan terbabit dilancarkan pada 26 Oktober lalu hingga 22 November ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut layari http://www.dutchlady.com.my/ ataupun sertai laman Facebook - Dutch Lady Malaysia

Tuesday, November 9, 2010

Segelas Susu yang Penuh Pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
-Dr Howard Kelly
-—————————————

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

RON95 Mudah Terbakar?

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.

Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan.

“Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti.

“Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini.

Sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan.

“Kini kebanyakan pemilik kenderaan gemar mengubah suai kenderaan di bengkel yang tidak bertauliah sehingga berlaku masalah pendawaian yang memudahkan kenderaan terbakar,” katanya.

Kesan Makanan Rapu atau Organ Dalaman




Dalam artikel ini menceritakan pengalaman diberikan Allah dengan memberikan anak sulung makanan rapu.


Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.



Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 disamping beberapa subjek lain.


Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.



Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.



Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:




1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
9. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam.

Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut. Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.

Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan.Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi diKajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.




Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama.
Arwah guru saya menasihati agar :
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperticoklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausagedan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.

Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi ,Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah danRasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah,berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.
Sekian wassalam wallahualam

Pesanan Ikhlas dari Hamba Allah……………..
Dari blog http://soleh.net/ (ImamKhalid) semoga pesanan yang disampikan ini akan menjadi sebahagian ingatan buat kita semua.

Monday, November 8, 2010

Rahsia AIS


1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Thursday, November 4, 2010

Makassar Indonesia (*_^)


MEMUKAU...pemandangan matahari terbenam di kota Makassar yang memukau.

Dengan 17,508 pulau, Indonesia negara kepulauan terbesar di dunia dan mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik. Selain Bandung, Jakarta dan Bali, kota Makassar antara destinasi menarik untuk dikunjungi.

Makassar yang dulu dikenali sebagai Ujung Pandang adalah ibu negeri wilayah Sulawesi Selatan dan mempunyai sesuatu yang boleh diterokai.Mengikuti rombongan AirAsia selama lima hari ke kota yang dihuni empat etnik iaitu Bugis, Makassar, Mandar dan Toraja, memberi pengalaman baru kepada penulis.

Hari pertama di kota itu, tidak banyak aktiviti kami lakukan kerana ketika sampai hari sudah gelap ditambah kesesakan lalu lintas selain keletihan menempuh perjalanan tiga setengah jam di pesawat.
SEDAP...kelainan dan keenakan soto Makassar, bubur Makassar dan sup ubi sentiasa diingati.


Namun, segala keletihan terubat apabila dijamu pelbagai makanan laut enak dan beraneka jenis sambal yang membuatkan berselera untuk makan.Sarapan di Hotel Santika, hidangannya cukup menarik dengan sajian sup ubi dan coto Makassar. Walaupun berdiet, keenakannya sukar ditolak.Destinasi pertama ialah pelabuhan Port Paotere sebuah pelabuhan kapal tradisional Bugis atau phinisi yang menerima lebih kurang 150 kapal setiap bulan kemudian ke Fort Rotterdam.Fort Rotterdam adalah benteng pertahanan yang dibina pada 1545 ketika pemerintahan Raja Gowa kesembilan.



REKA bentuk kubu Belanda, Fort Rotterdam yang masih terpelihara.

Menariknya, ia sebuah kubu Belanda yang menghadap laut dan berupa seekor penyu.Jika di Malaysia, kita ada Sunway Lagoon dan Genting Highlands, di Makassar juga mempunyai taman tema yang menjadi tumpuan warga kotanya setiap hujung minggu iaitu Taman Tema Trans Studio. Dikatakan taman tema berbumbung (indoor) paling besar di dunia, Trans Studio menawarkan pelbagai permainan, persembahan dan hiburan.Ia bersebelahan pusat beli-belah moden dan eksklusif yang mampu menarik golongan pertengahan serta atasan berbelanja. Pada hari ketiga, kami ke Air Terjun Bantimurung di daerah Maros, sejam perjalanan dari Kota Makassar.
Berkunjung ke Bantinmurung yang bermaksud air terjun, berkelah atau mandi manda bukanlah satu-satunya aktiviti yang boleh dilakukan di situ.Ini kerana, dengan mendaki lebih kurang 125 anak tangga dan merentas hutan sejauh lebih kurang 900 meter, Gua Batu menanti pengunjung. Lokasi ini turut menjadi habitat kepada rama-rama, burung dan serangga. Terdapat kira-kira 100 spesies rama-rama daripada pelbagai jenis termasuk Papillo androles.Dulunya, tempat ini di gelar 'Kingdom of Butterfly' kerana ada lebih 200 spesies rama-rama, namun kini hanya ada 100 spesies. Kami dibawa ke daerah Gowa iaitu bekas kerajaan maritim terbesar di Indonesia, 10 kilometer dari kota Makassar.Gowa daerah yang terkenal dengan sejarah kehebatan kesultanannya.





PAHLAWAN...makam Sultan Hassanuddin di Gowa.

Justeru, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke Makam Pahlawan Nasional Sultan Hasanuddin di bukit Kale Gowa. Kami sempat singgah di Muzium Balla Lompoa. Sehari sebelum pulang ke tanah air, kami menjelajahi beberapa pulau di perairan sekitar kota Makassar. Kami dibawa ke Pulau Samalona, kira-kira 6.8 kilometer (km) dari kota Makassar.
Mengikut kepada program, kami akan berada di pulau itu setengah hari untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk menyelam dan snorkeling.Kegirangan untuk penulis bersama beberapa rakan untuk melakukan aktiviti snorkeling terus berubah apabila kunjungan kami disambut sampah-sarap terapung.Bagaimanapun, jauh di kedalaman tujuh atau lapan meter ke bawah, kehidupan marin termasuk terumbu karang yang cantik menanti peminat aktiviti menyelam dan snorkeling.
Kami turut singgah di Pulau Kodingareng Keke seluas satu hektar yang tidak berpenghuni, tetapi mempunyai pasir yang putih dan air laut yang jernih bak kristal. Pulau Barrang Lompo pula ialah sebuah pulau yang mempunyai kira-kira 4,700 penduduk. Menjejakkan saja kaki ke pulau itu, ketenangan dapat dirasai apabila berada di kampung yang mengamalkan kehidupan ringkas dan santai.
Kota Makassar mempunyai 12 pulau di sekitarnya dan terdapat beberapa lokasi kapal karam di perairan ini yang sesuai untuk aktiviti menyelam.Untuk aktiviti membeli-belah, kami dibawa ke Somba Opu. Ia pusat membeli-belah untuk pelancong mencari pelbagai barangan khas untuk dijadikan kenang-kenangan atau ole-ole untuk insan tersayang. Apabila sampai di situ, ada 10 jenis barangan yang paling popular dan mesti di bawa pulang termasuk sutera Bugis, songkok, dodol markisa, jus markisa, t-shirt, minyak urut, kopi toraja dan kacang gajus.
Tahun Melawat Makasar 2011Rombongan anjuran AirAsia dengan kerjasama Kerajaan Makassar bukan saja untuk mempromosikan perkhidmatan penerbangan AirAsia, tetapi mempromosi Tahun Melawat Makassar 2011.Sepanjang Tahun Melawat Makassar 2011, pelbagai program diatur bagi memperkenalkan tempat menarik di sekitar Makassar yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta. Antaranya, persembahan kebudayaan pada malam Sabtu, pasar malam di Chinatown, promosi makan malam di atas kapal layar tradisional, Festival Antarabangsa Makassar pada April 2011 nanti dan banyak lagi.
> AirAsia kini terbang ke Makassar empat kali seminggu iaitu dari Kuala Lumpur pada pukul 12.50 tengah hari, manakala dari Makassar (Ujung Pandang) pada pukul 4.50 petang. Perjalanan memakan masa tiga setengah jam. Untuk tempahan boleh layari http://www.airasia.com/
*****hasil nukilan dari Suliati Asri *****

Cara cegah 'jet lag'

RAMAI menganggap, 'jet lag' masalah yang disebabkan terlalu lama dalam penerbangan. Bagaimanapun, masalah itu terjadi ketika kita banyak menyeberangi zon waktu sehingga mengganggu 'ritme natural' tubuh (circadian rhythm).
Berdasarkan kajian dilakukan, setiap kali melalui satu zon waktu, seseorang itu memerlukan waktu satu jam untuk memulihkan kembali ritme tubuh dan tahap tenaganya.
Akibat daripada jet lag, seseorang itu akan berasa mual, pening, terus berjaga walaupun hari larut malam, sangat lemah dan mengantuk pada pagi hari selain tidak dapat memberi tumpuan pada sesuatu hal.Ada beberapa panduan yang mungkin boleh membantu mencegah jet lag sekali gus membantu tubuh menyesuaikan diri dengan zon waktu yang baru.

1. Atur waktu tidur beberapa hari sebelum melakukan perjalanan dan sesuaikan dengan pola yang akan hadapi di destinasi yang dituju.
2. Mengubah jam mengikut destinasi dituju pada awal penerbangan akan membantu anda menyesuaikan diri dengan waktu tempatan di sana.
3. Banyak minum air putih sebelum, ketika dan sesudah terbang. Udara dalam kabin amat kering dan dehidrasi salah satu penyebab jet lag.
4. Hindari mengambil alkohol dan kafein pada malam sebelum terbang. Kesan alkohol menjadi berganda atau dua kali ganda ketika dalam penerbangan. Sedikit apa pun alkohol, kesannya akan terasa dalam perjalanan.
5. Tidurlah dalam pesawat jika waktu di destinasi anda sudah malam. Gunakan alat bantu tidur yang biasa digunakan untuk mengelak cahaya atau keriuhan di dalam pesawat seperti 'earphone' dan penutup mata.
6. Jika waktu di destinasi pula masih siang, tetaplah terjaga. Perkara itu boleh dilakukan dengan cara berbual, menonton wayang, membaca buku atau novel dan sekadar berjalan di dalam pesawat. Pada masa sama, dengan berjalan di dalam pesawat ia dapat melancarkan peredaran darah.
7. Rileks ketika hari pertama kunjungan anda di tempat destinasi. Jika anda ada dua atau tiga hari waktu terluang sebelum melakukan aktiviti fizikal atau pekerjaan yang memerlukan fokus di tempat tujuan, waktu itu boleh dimanfaatkan untuk bersantai dan mengembalikan 'circadian rhythm' anda. Selain itu, menjelajahi tempat menarik dan taman yang cantik dengan berjalan kaki.

Friday, October 22, 2010

Kencing Kotor

Pada jam 1.30am (20/10/2010 -Rabu) aku terasa mcm nk kencing, so aku pun pergi la menunaikan hajat. Tapi rasa mcm xpuas, so masuk tidur balik. Dalam 10minit kemudian, rasa nk kencing lg, so aku pun pergi tandas, terkejut aku bila tengok air kencing aku bercampur dengan darah, terasa perit masa kencing dan xpuas. Bila diteran2, keluar ketulan darah.. Keadaan ini berulang2 sampi jam 4.15am, mmg xsempat nk tidur. Badan sejuk menggigil dan lapar pulak tu, so makan biskut je la hehe..
Tidur dengan letih, jaga2 dh jam 7am. Memang xsedar langsung. Alarm tepi kepala pun mmg xdengar. Kalau nk diikutkan aku kena pergi Konvensyen KIK kat Putrajaya, tp bila dh sakit gini xlarat lak. So kami pergi ke klinik kerajaan je la. Doktor mengesahkan aku tidak hamil (haid lewat 2minggu) dan bukan masalah batu karang selepas x-ray dibuat. Aku hanya diberikan ubat tahan sakit (Mefenamic Acid 250 mg). Aku mendapat MC pada hari tersebut.
Aku pergi ke pejabat seperti biasa (21/10/2010 -Khamis) walaupun terasa perit dibahagian pinggang. Tapi jam 1pm, terasa amat perit di bahagian pinggang hingga duduk dan berjalan secara perlahan2. Jam 1.30pm kami ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesakan aku mengalami kencing kotor. Mujur tindakan rawatan diambil bg mengelak keadaan yang lebih teruk.
Kencing kotor ini disebabkan aku kurang minum air masak (air kosong). Memang aku mengakui kerana kurang minum air masak. Apabila suhu badan diambil, rupa2nya aku demam panas (38.2'C) dan aku mendapat MC. Aku diberikan ubat demam (Paracetamol), ubat lawas kencing (Ural Effervescent Granules) , ubat tahan sakit (Voltaren SR 75 mg) dan ubat anti-biotik (Augmentin 625 mg).
Sekarang apa yang penting ialah menjaga kesihatan tubuh badan adalah penting. Jangan sampai sakit baru nak jaga. Sakit ni diri sendiri yang menanggung. So aku mula mengamalkan minum air masak dalam kuantiti yang mencukupi dan kerap. Mungkin dalam masa 2minggu lepas, aku mengambaikan minum air masak, tapi sekarang aku pastikan ianya tidak akan berhenti lagi. Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran kita bersama.
Jom Sihat !!

Tuesday, October 19, 2010

Maklumat Penting Tentang Kehamilan

Sebelum hamilTerdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum hamil. Ini bagi memastikan anda dan pasangan benar-benar sihat sebelum kehamilan berlaku.
  • Sebelum anda hamil, lakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah untuk mengetahui ‘kekebalan’ tubuh anda terhadap rubella. Jika ujian disahkan negative, anda perlu mendapatkan imunisasi. Dalam pada itu, doctor akan menasihatkan anda untuk melakukan pencegahan kehamilan paling minimum selama tiga bulan daripada tarikh ujian (kerana anda mendapat suntikan rubella – amat bahaya jika anda hamil dalam tempoh berikut).
  • Jika anda menderita diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsy, penyakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lainnya, dapatkan rawatan susulan dengan segera.
  • Makan makanan seimbang dan jaga berat badan. Tiga bulan sebelum hamil, anda perlu mengambil asid folate 0.4mg setiap hari. Asid folate dapat mencegah kelahiran bayi cacat. Sumber utama asid folate boleh didapati daripada sayuran hijau, hati dan kekacang.
  • Mula bersenam supaya dapat terus melakukan senaman ringan semasa hamil. Senaman membantu anda sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu melahirkan.
  • Jangan merekok atau minum alcohol.
  • Hindari ubat-ubatan kecuali mendapat nasihat daripada doctor terlebih dahulu.
  • Jika salah seorang daripada anda menghidap sebarang penyakit seksual, segeralah bertemu doctor untuk rawatan lanjut.

Sewaktu hamil
Pembentukan organ-organ tubuh yang penting terjadi dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan. Jadi, anda perlu tahu sama ada anda hamil atau sebaliknya. Maka, anda perlu segera membuat pemeriksaan doctor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah pada 14 hari setelah tidak datang haid. Antara kelebihan yang anda peroleh jika mengetahui kehamilan lebih awal ialah :
  • Jika anda ingat tarikh haid terakhir, ini akan memudahkan doctor untuk mengira jangkaan tarikh kelahiran bayi anda.
  • Anda dapat melakukan pencegahan awal jika menghadapi masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehamilan.
  • Apabila disahkan hamil, ini dapat membantu anda untuk menghindari diri daripada mengambil ubat-ubatan yang perlu dielakkan oleh wanita hamil.
  • Jika anda didapati tidak hamil, anda mungkin dapat mengenal pasti masalah-masalah kesihatan lain yang mungkin berlaku.

Saat melahirkan
Anda akan berasa sakit sebelum bayi lahir disebabkan oleh kontraksi pada Rahim yang membuka serviks bagi memudahkan bayi, plasenta dan membranus keluar. Kelahiran dibahagikan kepada tiga tahap :
  1. Tahap pertama: Pembukaan mulut Rahim
  • Serviks terbuka selebar 10cm. ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.
  • Ketika serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah pada saat ini.
  • Rasa sakit pada saat-saat kelahiran sehingga pembukaan penuh serviks mengambil masa antara 10 hingga 14 jam.
2. Tahap kedua : Kelahiran bayi
  • Tahap pengeluaran bayi bermula dari pembukaan penuh serviks hinggalah bayi keluar sepenuhnya.
  • Kontraksi datang setiap 2 hingga 2 ½ minit. Setiap kali terjadi kontraksi bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi terlalu lama, masalah sebegini boleh membahayakan bayi.
  • Jika bayi tidak dilahirkan dalam tempoh 1 jam kontraksi, pembedahan perlu dilakukan.


3. Tahap ketiga : Pengeluaran plasenta (uri)
  • Pada waktu bayi dilahirkan kontraksi rahim menyebabkan plasenta terpisah daripada dinding rahim. Jadi, plasenta akan keluar melalui serviks.
  • Suntikan mungkin diberikan pada saat akhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan pengeluaran plasenta selain mengurangkan pengeluaran darah.

Wednesday, September 22, 2010

Tan Sri Hasmah Abdullah





Pendidikan dan Kerjaya
Tan Sri Hasmah dilahirkan pada 7 Januari 1951 dan mendapat pendidikan awal di Treacher Methodist Girls School, Taiping dan seterusnya di King Edward VII Secondary School, Taiping, Perak. Kemudian beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada 1973. Tamat pengajian peringkat Ijazah, beliau mula berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam Negeri sebagai pegawai sangkut dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Penaksir tetap pada 1 April 1973. Perkenalannya dengan jejaka pujaan, Ibrahim Karim membawa pasangan ini ke jenjang pelamin dan dikurniai empat cahayamata.
Beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada 19 Oktober 2006. Sejak menyertai JHDN/LHDNM pada tahun 1973, beliau pernah memegang beberapa jawatan di peringkat negeri mahupun Ibu Pejabat, memberi pengalaman yang luas dalam bidang operasi percukaian, cukai petroleum, pematuhan cukai, penyiasatan dan juga terbabit dalam draf pindaan undang-undang percukaian.


Sepanjang perkhidmatan, beliau menerima beberapa anugerah dan pingat kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) pada 2010, Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) pada 2007, Setia Mahkota Perlis (S.M.P) pada 2007, Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada 2002 dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada 1990.

Wednesday, September 8, 2010

11 Langkah Keselamatan dan Kebersihan Rumah

Sekarang musim perayaan dan cuti sekolah, jadi bagi yang telah berkeluarga ataupun bekerja di kota raya, sekaranglah peluang untuk balik kampung atau melancong. Rumah akan ditinggalkan untuk beberapa hari atau berminggu-minggu. Jadi di sini, ingin saya berkongsi info tentang keselamatan dan kebersihan.
Sebelum kita meninggalkan rumah, kita perlulah :-
1. Pastikan pinggan mangkuk yang telah digunakan dibasuh dan disusun kemas supaya dapat mengelakkan lipas dan semut.
2. Pastikan semua pakaian yang telah digunakan dibasuh dan dijemur supaya anda tidaklah letih untuk membasuhnya apabila pulang dari bercuti nanti.
3. Pastikan barangan berharga disimpan di tempat yang selamat.
4. Pastikan paip air utama ditutup.
5. Pastikan kepala pili gas dapur ditanggalkan dari tong gas.
6. Pastikan semua plag barangan elektrik ditanggalkan dari soket.
7. Untuk menjamin keselamatan, tutup suis utama elektrik.
8. Pastikan semua tingkap ditutup dan berkunci.
9. Pastikan pintu dan grill berkunci.
10. Beritahu kepada jiran tentang ketiadaan anda di rumah.
11. Sekiranya anda pasti semuanya telah diambil tindakan, langkah yang terakhir adalah bertawakal kepada Allah dalam melindungi rumah anda kerana DIA lah sebaik-baik penjaga.
Selamat bercuti. Rancanglah perjalanan anda semoga ianya berjalan lancar. EsyaALLAH..

1 Adalah Satu

Kita mungkin tidak pernah terfikir atau tidak akan fikir mengapa 1 bermaksud atau adalah "satu", 2 bermaksud "dua" dan semua angka. Pernahkah anda berfikir mengapa? Maksud yang tersirat bagi semua angka ini sebenarnya adalah berkaitan dengan sudut !.

Iaitu jumlah bilangan sudut angka tersebut. Cuba anda lukis seperti di bawah :-

Kemudian, anje lukis bulatan kecil di setiap sudut bagi semua angka tersebut. Maka anda telah menemui jawapannya mengapa nombor 1 bermaksud satu dan semua angka ada maksudnya. Selamat mencuba!!....



Monday, September 6, 2010

Program CSR LHDNM 2010

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya, program CSR LHDNM di Asrama Baitul Ummah, Taman Setapak Indah KL telah berlangsung dengan jayanya. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Hasmah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah HDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sambil disaksikan oleh YBerusaha Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat dan beberapa orang AJK CSR LHDNM pada 4 September 2010.
YBhg. Tan Sri Hasmah bergambar bersama YBhg. Ustaz Abd. Rahman di perkarangan Asrama Baitul Ummah.
Kehadiran Rombongan LHDNM telah disambut mesra oleh YBhg. Ustaz Abd. Rahman Ramani Abdullah (Pengasas merangkap Pengerusi Asrama Baitul Ummah), Sukarelawan Baitul Ummah dan Anak-anak Yatim serta Fakir Miskin yang menghuni Asrama tersebut. Dalam program ini, LHDNM melalui kutipan yang telah dilakukan oleh Ibu Pejabat, Seluruh LHDNM Negeri Selangor, seluruh LHDNM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan LHDNM Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menyumbangkan Duit Raya kepada semua penghuni Baitul Ummah serta sedikit wang tunai untuk kegunaan operasi Asrama tersebut. Selain tunai, LHDNM juga berjaya menyalurkan sumbangan berupa kasut hari raya daripada Syarikat Bata (M) Sdn. Bhd.
YBhg. Tan Sri menyampaikan ucapan ringkas.
Dalam ucapan ringkas YBhg. Tan Sri, beliau telah menyampaikan salam seluruh Warga Hasil kepada semua penghuni Asrama Baitul Ummah dan berharap agar setiap penghuni di sini sentiasa mensyukuri nikmat yang masih diberikan oleh Allah SWT. Manakala YBhg. Ustaz Abd. Rahman pula sentiasa menyeru semua pihak agar terus bermurah hati untuk berkongsi kegembiraan dengan mereka melalui sumbangan-sumbangan berterusan dan bukan ketika Bulan Ramadhan sahaja. Beliau dan seluruh penghuni Baitul Ummah juga mendoakan kesejahteraan para penderma dan pemberi sumbangan.
Rombongan LHDNM sempat merakamkan gambar kenangan dengan Penghuni Asrama Baitul Ummah.




Semoga amalan yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan Allah SWT. Berkongsilah kebahagian kita ini bersama-sama insan yang memerlukan..