Showing posts with label Koleksi Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Cerita Lawak. Show all posts

Monday, June 20, 2011

G@MbaR crE@tiF



cANTIK kan gambar2 ni...

hmmmm leh buat koleksi la...

nk lukis xtau mampu buat ke X?

hehehehhe.... meh kita layannnnnnnnn... (*_*)....v












................ menarik................

ada berani nk acu cuba try test ker? hohohoho.....

(^_^).....v



Friday, November 19, 2010

Buku Hiburan vs Buku Agama


Nafsu vs Iman


Malaikat Maut


Solat vs Handset


Halal vs Haram


Kekasih Kau Aku


Friday, November 12, 2010

Hujan..Basah Dan . . .

Seperti kebiasaan, Rahmat akan pergi ke pejabatnya dengan menaiki motorsikal sahaja walaupun jarak dari rumah ke pejabat ialah lebih 30km. Tetapi cuaca pagi ini mendung dan kelihatan awan kelabu berarak perlahan-lahan. Mungkin hujan akan turun.
Betul jangkaannya, hujan mulai turut dipertengahan jalan. Rahmat pun memasang target untuk tidak basah kuyup kerana dia terlupa membawa baju hujan. Maka dia terus merempit dengan berhemah walaupun terpaksa melanggar lampu isyarat merah dari kereta-kereta yang beratur disebabkan kesesakan lalu lintas.. Fuhhh laju juga aku, dapat gak memotong kereta Honda sport tu.. Kata Rahmat di dalam hati nuraninya..
Dalam keasyikkan dia merempit, dia merasa sesuatu yang tidak enak.. Keadaan yang sangat sejuk.. Seperti ais. Terasa darah panas mula mengalir keseluruh anggota badan.. Seolah-olah memanaskan seluarnya yang basah itu.. Fikirannya terus teringat akan pesanan isterinya tempoh hari apabila dia mengadu yang seluarnya basah dek terkena air hujan. Maka isterinya mencadangkan agar dia membuat stok simpanan spender di pejabatnya. Maka dia mengikut saranan isterinya itu. Tanpa pengetahuan sesiapa, di laci meja miliknya yang berkunci itu dijadikan tempat simpanan..
Setibanya di pejabat, Rahmat pun melangkah dengan control ayu sehingga tiba di tempatnya. Laci simpan itu segera dibuka dan mencapai satu helai koleksi spender lalu terus menuju ke tandas. "Hehehe baru selesa bila kering begini, tak sejuk lagi.." Kata Rahmat dengan senang hati. Spender yang basah itu dijemurnya di dalam tandas itu juga. Dia segera ke gerai makan untuk sarapan pagi dengan gaya machonya itu.
Azizi, Pegawai Kanan di pejabatnya itu sakit perut yang amat sangat mungkin disebabkan udang masak lemak cili padi yang dimakannya semalam, terus meluru ke tandas. Dengan tidak semena-mena, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya di tandas itu.. "Spender sapa pula ni? Kurang ajar betul la.." Marah Azizi bila terlihat spender yang tergantung siap berpenyakut lagi itu.
Azizi terus mencapai spender tersebut untuk mengalihkannya. Tetapi dia sempat lagi melihat jenama spender itu.. "Perrrhhh....jenama BUM Equitment tu.. Mahal tu.. Ehhh..dh berlubang la..Macam mana la tuan dia ni pakai?.. Sedih tul la.." Kata Azizi sambil tersenyum sinis..
Belum sempat dia mengalihkan spender tersebut, tiba-tiba masuk seorang cleaner lelaki untuk melaksanakan tugas hariannya. Mereka sama-sama terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang. Tambahan pulak Azizi masih memegang spender tersebut. Muka Azizi sudah merah padam dek malu lantas meletakkan semula spender itu ditempat asalnya dan berkata "Ini bukan saya punya.." Dia meluru keluar dan hajatnya terus terbantut..
"Kalau sudah berlubang begini, mesti la semua orang tak akan mengaku sendiri punya.. Kesian-kesian, tak sangka betul.." Kata si cleaner itu apabila terlihat spender itu sudah berlubang..

Wednesday, September 22, 2010

Asal Usul Nasi Lemak

Lama sudah tak makan nasi lemak. Makan dengan sambal bilis goreng, udang atau ayam sedap gak ni hehehe padahal baru je minggu lepas kami makan nasi lemak - beli kat nat (pasar pagi) RM 0.60 sebungkus, kecik je la. Sorang 2bungkus hehehe.. Semalam aku masak nasi minyak, tetiba je mengidam nak makan nasi yang berperisa. Lepas balik keje, masak nasi goreng dulu, lepas tu baru masak nasi minyak..
Bila bercerita pasal nasi yang berperisa, aku teringat cerita yang diemail kawan aku pasal asal usul nasi lemak. Berikut adalah ceritanya :- tak tahu la betul atau rekaan semata-mata hehehe kita layan cerita ni...
Alkisah tersebut lah kisah,Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.

Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.

"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.

“Apa kau masak nie seri? ”

"Nasi le Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.

Wednesday, September 8, 2010

Bukan Aku Yang Buat..

Awal pagi itu, tuan aku keluar pergi mana pun aku xtahu. Aku lapar sangat, dia lupa nak keluarkan makanan aku yang ada dalam almari dapur, so aku pun tidur la kat karpet ala2 bulu apa pun aku xtahu la. Aku pun pelik dengan manusia ni, yang tak berbulu dia nk berbulu, yang tetap azali berbulu, dia tak mahu lak. Memang pelik, nasib la bulu aku cantik, silap2 aku pun jadi tak berbulu. Tetiba je aku terasa ada benda kat atas kepala aku.. Tergedik2 dibuatnya.. Mengganggu mimpi aku yang tengah dating dengan Kitty -kucing jiran. Aku malas nk layan benda alah 2.. Makin lama makin galak benda tu pijak badan aku. Siap patuk2 perut aku lak tu.. Wey ingat aku ada kutu ker? Hari2 aku mandi bershampoo tau. Sunsilk lagi tau.. Ini tak boleh jadi ni.. Aku geram tul..




Bila aku toleh je, nampak la satu makhluk warna hijau.. Perrhhh rupanya burung Nuri. Mai mana pun aku xtau la.. Nak kata sesat, area rumah ni mana ada zoo.. Hairan bin ajaib tul la.. dengan actionnya dia still patuk2 badan aku. Apa lagi, aku bergolek ke kiri lak. Hijau (nama burung) tu xpuas hati still nk kacau aku, dia lompat naik atas aku lagi..



Bila aku buat dek je, aku dengar dia dok patuk benda lain lak. Heran tul aku (heran lagi...) apasal la Hijau ni suka sgt patuk2.. Aku tengok Hijau dok patuk2 henset tuan aku yang ada kat paper work. Aku pun jeritlah "Oi! rosak nanti, tuan marah lah". Tapi Hijau lak buat dek kat aku. Ke dia bisu aku xtahu lak.. Aku dapat tangkap kepala dia. Hishhh...memang geram giler kat Hijau ni.. Tapi dia melawan lak dan terlepas.



Masa aku nak luku (sekeh) kepala dia, tuan aku datang dari dapur dan dia nampak adegan aku tu... Maka....

Akibatnya aku dihukum tanpa dipanggil utk membela diri. Dah la aku lapar, xkan aku nk makan dedak jagung si Hijau ni kot... Ohh...dimanakah keadilan utk aku? Tuan, bukan aku yang buat...