Friday, November 12, 2010

Hujan..Basah Dan . . .

Seperti kebiasaan, Rahmat akan pergi ke pejabatnya dengan menaiki motorsikal sahaja walaupun jarak dari rumah ke pejabat ialah lebih 30km. Tetapi cuaca pagi ini mendung dan kelihatan awan kelabu berarak perlahan-lahan. Mungkin hujan akan turun.
Betul jangkaannya, hujan mulai turut dipertengahan jalan. Rahmat pun memasang target untuk tidak basah kuyup kerana dia terlupa membawa baju hujan. Maka dia terus merempit dengan berhemah walaupun terpaksa melanggar lampu isyarat merah dari kereta-kereta yang beratur disebabkan kesesakan lalu lintas.. Fuhhh laju juga aku, dapat gak memotong kereta Honda sport tu.. Kata Rahmat di dalam hati nuraninya..
Dalam keasyikkan dia merempit, dia merasa sesuatu yang tidak enak.. Keadaan yang sangat sejuk.. Seperti ais. Terasa darah panas mula mengalir keseluruh anggota badan.. Seolah-olah memanaskan seluarnya yang basah itu.. Fikirannya terus teringat akan pesanan isterinya tempoh hari apabila dia mengadu yang seluarnya basah dek terkena air hujan. Maka isterinya mencadangkan agar dia membuat stok simpanan spender di pejabatnya. Maka dia mengikut saranan isterinya itu. Tanpa pengetahuan sesiapa, di laci meja miliknya yang berkunci itu dijadikan tempat simpanan..
Setibanya di pejabat, Rahmat pun melangkah dengan control ayu sehingga tiba di tempatnya. Laci simpan itu segera dibuka dan mencapai satu helai koleksi spender lalu terus menuju ke tandas. "Hehehe baru selesa bila kering begini, tak sejuk lagi.." Kata Rahmat dengan senang hati. Spender yang basah itu dijemurnya di dalam tandas itu juga. Dia segera ke gerai makan untuk sarapan pagi dengan gaya machonya itu.
Azizi, Pegawai Kanan di pejabatnya itu sakit perut yang amat sangat mungkin disebabkan udang masak lemak cili padi yang dimakannya semalam, terus meluru ke tandas. Dengan tidak semena-mena, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya di tandas itu.. "Spender sapa pula ni? Kurang ajar betul la.." Marah Azizi bila terlihat spender yang tergantung siap berpenyakut lagi itu.
Azizi terus mencapai spender tersebut untuk mengalihkannya. Tetapi dia sempat lagi melihat jenama spender itu.. "Perrrhhh....jenama BUM Equitment tu.. Mahal tu.. Ehhh..dh berlubang la..Macam mana la tuan dia ni pakai?.. Sedih tul la.." Kata Azizi sambil tersenyum sinis..
Belum sempat dia mengalihkan spender tersebut, tiba-tiba masuk seorang cleaner lelaki untuk melaksanakan tugas hariannya. Mereka sama-sama terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang. Tambahan pulak Azizi masih memegang spender tersebut. Muka Azizi sudah merah padam dek malu lantas meletakkan semula spender itu ditempat asalnya dan berkata "Ini bukan saya punya.." Dia meluru keluar dan hajatnya terus terbantut..
"Kalau sudah berlubang begini, mesti la semua orang tak akan mengaku sendiri punya.. Kesian-kesian, tak sangka betul.." Kata si cleaner itu apabila terlihat spender itu sudah berlubang..

No comments:

Post a Comment