SAMBIL duduk bertinggung di bawah sepohon pokok, Abdul Rauf Karzai, 63, menanti dengan sabar untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik awam di Kabul, Afghanistan.
Kelihatan kedua-dua belah tangan lelaki berkopiah itu dipenuhi lubang-lubang luka. Sekali pandang ia memang menakutkan. Tetapi, itulah penyakit cutaneous leishmaniasis (CL) yang dihidapi oleh lelaki tersebut.
Selain Abdul Rauf, masih ramai lagi individu senasib dengannya menunggu di luar klinik tersebut untuk bertemu doktor yang akan merawat mereka termasuk beberapa kanak-kanak.
Wabak penyakit tropika akibat gigitan lalat pasir atau agas dan menyebabkan luka teruk serta rasa sakit pada kulit itu telah lama melanda Afghanistan. Bahkan, puluhan ribu rakyatnya telah dijangkiti penyakit tersebut.
Ia adalah sejenis penyakit parasit yang disebarkan oleh lalat pasir betina atau phlebotomine.
Serangga sepanjang dua hingga tiga milimeter itu memerlukan darah manusia atau haiwan untuk membolehkannya membiak.
Penyakit itu bagaimanapun boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan tidak membahayakan nyawa. Namun, ia akan meninggalkan kudis luka yang parah pada kulit mangsa.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit itu mengancam 13 juta penduduk di Afghanistan dan ramai penghidapnya terdiri di kalangan orang miskin kerana mereka tidak mampu membayar rawatan bil perubatan.
Malah, ibu negara Afghanistan, Kabul digelar oleh WHO sebagai ibu negara dunia cutaneous leishmaniasis dengan peningkatan kes penyakit tersebut. Dianggarkan sebanyak 17,000 kes penyakit itu dilaporkan setahun pada awal tahun 2000 kepada 65,000 kes pada tahun 2009.
Kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak kerana kebanyakan mereka tinggal di dalam bilik pada waktu malam yang menjadi tempat kegemaran lalat pasir.
Sebaliknya, golongan lelakinya pula akan berada di luar rumah untuk bekerja dan mencari rezeki bagi menampung kehidupan berkeluarga.
Bagaimanapun, sebab kepada jangkitan tersebut tidak diketahui. Sepasukan pegawai WHO telah dihantar ke sana untuk menyiasat punca sebenar penyakit itu.
Lalat pasir membiak bermula dari bulan Jun hingga September. Walaupun penggunaan kelambu dapat menghalang daripada digigit serangga kecil itu, tetapi ia tetap dapat membiak dengan pantas dalam keadaan yang kotor seperti di kawasan longgokan sampah sarap.
PESAKIT akan diberi rawatan berupa suntikan SSG di bahagian yang berkudis beberapa kali sehingga sembuh.
Bagaimanapun, pihaknya ada menerima laporan satu atau dua kes yang melibatkan warga asing yang menghidap penyakit CL tetapi ia tidak begitu serius.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Kawalan Penyakit pada tahun 2004, masalah gangguan agas di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Serangga itu telah lama diketahui menjadi punca masalah di beberapa kawasan terutama di kawasan pantai, paya, belukar, hutan dan kawasan yang lembab dan berair termasuk kawasan-kawasan tepi sungai.
Para petani, pemancing ikan dan penduduk kampung sudah lali dengan gangguan agas dan menganggapnya sebagai perkara biasa. Di Kuantan, nama Tanjung Agas juga dikaitkan dengan kehadiran agas sejak berkurun yang lampau dan sudah sebati dengan penduduk di situ.
Warga asing
“Setakat ini, penyakit yang disebabkan gigitan lalat pasir itu boleh dikatakan kes terpencil kerana tiada rekod yang menunjukkan rakyat tempatan pernah menghidapnya.
“Setakat ini, penyakit yang disebabkan gigitan lalat pasir itu boleh dikatakan kes terpencil kerana tiada rekod yang menunjukkan rakyat tempatan pernah menghidapnya.
“Cuma, tidak dinafikan bahawa vektor yang membawa penyakit itu tetap ada. Jadi, kita masih perlu berhati-jati terhadap kemungkinan yang akan berlaku disebabkan penyakit itu,” ujar Lokman Hakim ketika dihubungi Kosmo!.
Bagaimanapun, pihaknya ada menerima laporan satu atau dua kes yang melibatkan warga asing yang menghidap penyakit CL tetapi ia tidak begitu serius.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Kawalan Penyakit pada tahun 2004, masalah gangguan agas di Malaysia bukanlah satu perkara baru. Serangga itu telah lama diketahui menjadi punca masalah di beberapa kawasan terutama di kawasan pantai, paya, belukar, hutan dan kawasan yang lembab dan berair termasuk kawasan-kawasan tepi sungai.
Para petani, pemancing ikan dan penduduk kampung sudah lali dengan gangguan agas dan menganggapnya sebagai perkara biasa. Di Kuantan, nama Tanjung Agas juga dikaitkan dengan kehadiran agas sejak berkurun yang lampau dan sudah sebati dengan penduduk di situ.
No comments:
Post a Comment