Wednesday, November 10, 2010

Kualiti Nutrisi

KEPERLUAN nutrisi bagi kanak-kanak berusia lingkungan satu hingga enam tahun dan enam hingga 12 tahun sangat berbeza disebabkan faktor tumbesaran dan penggunaan tenaga dalam keperluan harian mereka.

Bagaimanapun, tidak semua ibu bapa mengetahui jenis keperluan nutrisi sebenar bagi kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan.

Kebiasaannya mereka sering bertanya sama ada anak menerima jumlah pengambilan nutrisi secukupnya.

Menurut Pakar Nutrisi Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady), Quah Ye Vian, tidak dinafikan usia sedemikian adalah saat kritikal dalam pengambilan jumlah makanan bagi kanak-kanak kerana ia boleh memberikan kesan kepada tahap kesihatan masa depan mereka.

"Kanak-kanak memilih makanan bukan berdasarkan khasiat hidangan yang disediakan tapi disebabkan cara ia dipersembahkan kepada mereka yang menjadikan makanan itu melazatkan terutama bagi makanan segera.

"Sekiranya tidak dikawal ia boleh menjadi tabiat pemakanan kurang berkhasiat dan memberi kesan buruk pada faktor pembelajaran dan tumbesaran anak," katanya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa katanya, mereka perlu menjaga dan memantau bentuk hidangan yang diberikan kepada anak-anak agar kesan jangka masa panjang yang diperoleh dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan tumbesaran bukan sebaliknya.

Dia turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak memberikan kebebasan kepada anak-anak dalam memilih makanan harian sebaliknya menetapkan had yang boleh diikuti agar segala nutrisi diperlukan diambil secara berterusan.

"Jika berhadapan dengan ragam anak yang memilih bentuk makanan, pelbagaikan corak pengambilan makanan mereka setiap hari agar mereka tidak mudah bosan.

"Saya yakin bentuk pemakanan yang betul bermula dari rumah dan peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak mendapatkan keperluan tumbesaran dengan secukupnya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dutch Lady Kid dan Dutch Lady School di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, Rahul Colaco dan Pengurus Penjenamaan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Christy Yong.

Sebagai peneraju produk tenusu terkemuka, Dutch Lady memperkenalkan minuman UHT pertama yang dirumus khas agar bersesuaian dengan keperluan tumbesaran usia kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan.

Kedua-dua produk susu ini dihasilkan berdasarkan pemahaman bahawa dalam usia membesar, kanak-kanak melalui satu proses tumbesaran yang giat dalam segala aspek. Justeru, mereka memerlukan nutrisi berbeza bagi setiap peringkat usia berlainan.

Minuman Dutch Lady Kid yang diperuntukkan kepada kanak-kanak berusia satu tahun hingga enam tahun ini diperkaya dengan khasiat seperti magnesium, vitamin D, vitamin A, kalsium dan protein bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fizikal yang cepat sesuai dengan mereka yang berada dalam lingkungan usia berkenaan.

Sementara itu, susu Dutch Lady School pula memiliki khasiat omega-3, omega-6, vitamin B3 dan vitamin B6 yang mempunyai pengaruh besar bagi perkembangan kanak-kanak berusia enam tahun hingga 12 tahun.

Apabila memulakan alam persekolahan, kanak-kanak dalam kumpulan usia sebegini memerlukan khasiat pemakanan sebanyak mungkin untuk membantu memanjangkan masa tumpuan dan mempertingkatkan perkembangan otak mereka.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Bas Van Den Berg, berkata pelancaran produk susu berkenaan menunjukkan tumbesaran kanak-kanak banyak dipengaruhi jumlah nutrisi yang diambil pada peringkat awal pembesaran.

"Susu sememangnya memainkan peranan penting dalam membekalkan khasiat diperlukan kanak-kanak dan kami percaya ia juga seharusnya dinikmati semua tanpa mengira peringkat umur," katanya.

Tersedia dalam tiga perasa iaitu susu penuh krim, strawberi dan coklat, Dutch Lady Kid dijual dalam isian pek 125 mililiter pada harga RM3.80 untuk setiap pek yang mengandungi empat kotak susu.

Sementara itu, Dutch Lady School pula ditawarkan dalam isian pek 200 mililiter berharga RM8.40 untuk setiap pek berisi enam kotak susu.

Di samping itu, sempena pelancaran berkenaan, Dutch Lady turut menganjurkan peraduan istimewa Let's Hear from the Kids di laman Facebook dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi merangkumi wang tunai dan produk susu.

Peraduan terbabit dilancarkan pada 26 Oktober lalu hingga 22 November ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut layari http://www.dutchlady.com.my/ ataupun sertai laman Facebook - Dutch Lady Malaysia

No comments:

Post a Comment