Wednesday, September 8, 2010

Bukan Aku Yang Buat..

Awal pagi itu, tuan aku keluar pergi mana pun aku xtahu. Aku lapar sangat, dia lupa nak keluarkan makanan aku yang ada dalam almari dapur, so aku pun tidur la kat karpet ala2 bulu apa pun aku xtahu la. Aku pun pelik dengan manusia ni, yang tak berbulu dia nk berbulu, yang tetap azali berbulu, dia tak mahu lak. Memang pelik, nasib la bulu aku cantik, silap2 aku pun jadi tak berbulu. Tetiba je aku terasa ada benda kat atas kepala aku.. Tergedik2 dibuatnya.. Mengganggu mimpi aku yang tengah dating dengan Kitty -kucing jiran. Aku malas nk layan benda alah 2.. Makin lama makin galak benda tu pijak badan aku. Siap patuk2 perut aku lak tu.. Wey ingat aku ada kutu ker? Hari2 aku mandi bershampoo tau. Sunsilk lagi tau.. Ini tak boleh jadi ni.. Aku geram tul..




Bila aku toleh je, nampak la satu makhluk warna hijau.. Perrhhh rupanya burung Nuri. Mai mana pun aku xtau la.. Nak kata sesat, area rumah ni mana ada zoo.. Hairan bin ajaib tul la.. dengan actionnya dia still patuk2 badan aku. Apa lagi, aku bergolek ke kiri lak. Hijau (nama burung) tu xpuas hati still nk kacau aku, dia lompat naik atas aku lagi..



Bila aku buat dek je, aku dengar dia dok patuk benda lain lak. Heran tul aku (heran lagi...) apasal la Hijau ni suka sgt patuk2.. Aku tengok Hijau dok patuk2 henset tuan aku yang ada kat paper work. Aku pun jeritlah "Oi! rosak nanti, tuan marah lah". Tapi Hijau lak buat dek kat aku. Ke dia bisu aku xtahu lak.. Aku dapat tangkap kepala dia. Hishhh...memang geram giler kat Hijau ni.. Tapi dia melawan lak dan terlepas.



Masa aku nak luku (sekeh) kepala dia, tuan aku datang dari dapur dan dia nampak adegan aku tu... Maka....

Akibatnya aku dihukum tanpa dipanggil utk membela diri. Dah la aku lapar, xkan aku nk makan dedak jagung si Hijau ni kot... Ohh...dimanakah keadilan utk aku? Tuan, bukan aku yang buat...





No comments:

Post a Comment