Ruangan dapur merupakan sebahagian ruang yang selalu dekat di hati para suri rumah. Apa tidaknya, tugas suri rumah ataupun wanita yang bekerjaya untuk menyediakan juadah untuk santapan ahli keluarga. Maka dengan itu, sebagai seorang wanita, kita mestilah mahukan suasana ruang dapur yang kemas, menarik dan tampak lebih segar. Ini dapat meningkatkan atau menjadi ransangan dalam melaksanakan tugas memasak ini.
Segenap ruang perlu dibersihkan termasuklah percikan minyak masak yang melekit, kesan tumpahan makanan di kaunter/meja, dapur dan lantai selain rak serta almari dapur berhabuk.
Jika anda tiada masa membersihkan kesan kotoran dan minyak yang melekat pada sinki dan dapur, gunakan pencuci serba guna serta lap dengan segera. Lantai dapur lebih cepat kotor dan melekit berbanding ruang lain. Anda boleh menggunakan pembersih lantai yang berbau harum, seperti bau bunga mawar dan tertentu keseluruhan ruang dapur lebih segar.
Di sini, saya sertakan beberapa panduan yang mungkin membantu meringankan bebanan tugas mengemas di dapur.
Di sini, saya sertakan beberapa panduan yang mungkin membantu meringankan bebanan tugas mengemas di dapur.
1- Bagi membersihkan bahagian getah di pintu peti sejuk, semburkan pencuci khas serba guna pada getah tersebut.
--> Lapkan dengan segera mengikut alur secara perlahan-lahan untuk memastikan bahagian getah tidak rosak.
--> Anda tidak perlu membilasnya.
2- Bagi membersihkan sinki dapur dan besen cuci tangan yang tersumbat, anda hanya perlu menggunakan pencuci khas.
--> Curahkan pencuci sistem saluran yang mampu melarutkan bahan seperti minyak pejal, sisa makanan dan rambut.
--> Tuang air panas untuk membuatkan ia larut dengan lebih cepat dan mudah.
--> Gunakan setiap minggu untuk membersihkan saluran paip daripada kuman dan tersumbat.
3- Sembur pencuci cermin dan kaca ke atas permukaan dan lap dengan kertas surat khabar untuk membersihkan cermin tingkap.
--> Bahan berkenaan melambatkan pengumpulan habuk dan kabut.
No comments:
Post a Comment