Wednesday, September 1, 2010

Bayi dalam beg kertas

==> IBU... adik selamat lahir ke dunia baru ini. Sebelum adik lahir ke dunia ni, adik ada bertanya pada Tuhan tentang siapa yang akan jaga adik nanti di dunia ini sebab adik dengar di dunia ni ramai org jahat, adik takut.., Tuhan jawab "IBU yang akan jaga adik"..

Adik bgtau adik suka tingggal di dalam syurga (alam rahim) sbb aman dan selamat xsama dengan di dunia ni, tapi Tuhan jawab "Di dunia nanti IBU akan jaga adik dengan kasih sayang dan penuh dengan cinta sejati".


Adik tanya lagi, nanti di dunia siapa yang akan ajar dan didik adik untuk sentiasa mengingati Tuhan, Tuhan jawab "Di dunia nanti IBU akan mengajar adik tentang zikir, selawat dan agama untuk menjadi insan yang mulia".


Sejak dari itu, adik tidak sabar2 untuk lahir ke dunia untuk bertemu dengan IBU. Adik nak menjadi anak yang terBAIK untuk IBU.. Itu janji adik.

Pada detik2 yang dijanjikan Tuhan untuk kelahiran adik, dengan mudahnya Tuhan membantu IBU, sbb adik tak nak sakitkan IBU..kesian ibu bertarung nyawa untuk adik.. Pertama kali adik lihat wajah ibu, adik gembira sangat. Syukur kepada Tuhan kerana memberi IBU yang cantik kepada adik. Hanya beberapa saat menatap wajah ibu, adik dibungkus dengan kain sarung ibu. Mungkin kain ini adalah hadiah pertama buat adik dari IBU. Terima kasih ibu.

IBU berikan adik kepada seorang lelaki, adakah dia bapa adik? Adik tatap wajah dia, ada riak kegusaran diwajahnya. Lalu adik dimasukkan ke dlm beg kertas. Adik terasa seolah2 berada di awangan ketika beg kertas tersebut berayun2.. Sampai di suatu tempat, tiada lg ayunan dr beg plastik tersebut, hanya kedengar riuk-pikuk yang amat bising. Adik haus sgt sebab cuaca panas dan IBU tidak menyusukan adik td. Adik takut.. Adik menangis sekuat hati..
Sehingglah terjadinya peristiwa ini...

IBU...mana ibu?? Adik mahu IBU.. Adik takut... Kenapa ibu tinggalkan adik? Ibu xsayang adik ker? Apa salah dan dosa adik? Adik kan dah bJANJI dengan Tuhan yang adik nk jadi anak yang terBAIK untuk IBU...
IBU...Adik nak gapai tangan ibu yang lembut tadi.. Adik takut.. Adik ingat lagi apa yang Tuhan jawab semua persoalan adik semasa di syurga. Tuhan tiadak akan mungkir janjiNYA.. Tapi mengapa ibu buat adik macam ni? Dunia ini penuh dengan tipu muslihat..
paparan akhbar Harian Metro..
Bayi dalam beg kertas
2010/08/30

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam. (papan tanda " Beri Laluan").





No comments:

Post a Comment