Sekarang musim perayaan dan cuti sekolah, jadi bagi yang telah berkeluarga ataupun bekerja di kota raya, sekaranglah peluang untuk balik kampung atau melancong. Rumah akan ditinggalkan untuk beberapa hari atau berminggu-minggu. Jadi di sini, ingin saya berkongsi info tentang keselamatan dan kebersihan.
Sebelum kita meninggalkan rumah, kita perlulah :-
1. Pastikan pinggan mangkuk yang telah digunakan dibasuh dan disusun kemas supaya dapat mengelakkan lipas dan semut.
2. Pastikan semua pakaian yang telah digunakan dibasuh dan dijemur supaya anda tidaklah letih untuk membasuhnya apabila pulang dari bercuti nanti.
3. Pastikan barangan berharga disimpan di tempat yang selamat.
4. Pastikan paip air utama ditutup.
5. Pastikan kepala pili gas dapur ditanggalkan dari tong gas.
6. Pastikan semua plag barangan elektrik ditanggalkan dari soket.
7. Untuk menjamin keselamatan, tutup suis utama elektrik.
8. Pastikan semua tingkap ditutup dan berkunci.
9. Pastikan pintu dan grill berkunci.
10. Beritahu kepada jiran tentang ketiadaan anda di rumah.
11. Sekiranya anda pasti semuanya telah diambil tindakan, langkah yang terakhir adalah bertawakal kepada Allah dalam melindungi rumah anda kerana DIA lah sebaik-baik penjaga.
Selamat bercuti. Rancanglah perjalanan anda semoga ianya berjalan lancar. EsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment