Sebelum hamilTerdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum hamil. Ini bagi memastikan anda dan pasangan benar-benar sihat sebelum kehamilan berlaku.
- Sebelum anda hamil, lakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah untuk mengetahui ‘kekebalan’ tubuh anda terhadap rubella. Jika ujian disahkan negative, anda perlu mendapatkan imunisasi. Dalam pada itu, doctor akan menasihatkan anda untuk melakukan pencegahan kehamilan paling minimum selama tiga bulan daripada tarikh ujian (kerana anda mendapat suntikan rubella – amat bahaya jika anda hamil dalam tempoh berikut).
- Jika anda menderita diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsy, penyakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lainnya, dapatkan rawatan susulan dengan segera.
- Makan makanan seimbang dan jaga berat badan. Tiga bulan sebelum hamil, anda perlu mengambil asid folate 0.4mg setiap hari. Asid folate dapat mencegah kelahiran bayi cacat. Sumber utama asid folate boleh didapati daripada sayuran hijau, hati dan kekacang.
- Mula bersenam supaya dapat terus melakukan senaman ringan semasa hamil. Senaman membantu anda sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu melahirkan.
- Jangan merekok atau minum alcohol.
- Hindari ubat-ubatan kecuali mendapat nasihat daripada doctor terlebih dahulu.
- Jika salah seorang daripada anda menghidap sebarang penyakit seksual, segeralah bertemu doctor untuk rawatan lanjut.
Sewaktu hamil
Pembentukan organ-organ tubuh yang penting terjadi dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan. Jadi, anda perlu tahu sama ada anda hamil atau sebaliknya. Maka, anda perlu segera membuat pemeriksaan doctor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah pada 14 hari setelah tidak datang haid. Antara kelebihan yang anda peroleh jika mengetahui kehamilan lebih awal ialah :
- Jika anda ingat tarikh haid terakhir, ini akan memudahkan doctor untuk mengira jangkaan tarikh kelahiran bayi anda.
- Anda dapat melakukan pencegahan awal jika menghadapi masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehamilan.
- Apabila disahkan hamil, ini dapat membantu anda untuk menghindari diri daripada mengambil ubat-ubatan yang perlu dielakkan oleh wanita hamil.
- Jika anda didapati tidak hamil, anda mungkin dapat mengenal pasti masalah-masalah kesihatan lain yang mungkin berlaku.
Saat melahirkan
Anda akan berasa sakit sebelum bayi lahir disebabkan oleh kontraksi pada Rahim yang membuka serviks bagi memudahkan bayi, plasenta dan membranus keluar. Kelahiran dibahagikan kepada tiga tahap :
- Tahap pertama: Pembukaan mulut Rahim
- Serviks terbuka selebar 10cm. ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.
- Ketika serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah pada saat ini.
- Rasa sakit pada saat-saat kelahiran sehingga pembukaan penuh serviks mengambil masa antara 10 hingga 14 jam.
- Kontraksi datang setiap 2 hingga 2 ½ minit. Setiap kali terjadi kontraksi bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi terlalu lama, masalah sebegini boleh membahayakan bayi.
- Jika bayi tidak dilahirkan dalam tempoh 1 jam kontraksi, pembedahan perlu dilakukan.
3. Tahap ketiga : Pengeluaran plasenta (uri)
- Pada waktu bayi dilahirkan kontraksi rahim menyebabkan plasenta terpisah daripada dinding rahim. Jadi, plasenta akan keluar melalui serviks.
- Suntikan mungkin diberikan pada saat akhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan pengeluaran plasenta selain mengurangkan pengeluaran darah.
No comments:
Post a Comment