Monday, September 27, 2010
Friday, September 24, 2010
Panduan Kemas Ruang Dapur
Ruangan dapur merupakan sebahagian ruang yang selalu dekat di hati para suri rumah. Apa tidaknya, tugas suri rumah ataupun wanita yang bekerjaya untuk menyediakan juadah untuk santapan ahli keluarga. Maka dengan itu, sebagai seorang wanita, kita mestilah mahukan suasana ruang dapur yang kemas, menarik dan tampak lebih segar. Ini dapat meningkatkan atau menjadi ransangan dalam melaksanakan tugas memasak ini.
Segenap ruang perlu dibersihkan termasuklah percikan minyak masak yang melekit, kesan tumpahan makanan di kaunter/meja, dapur dan lantai selain rak serta almari dapur berhabuk.
Jika anda tiada masa membersihkan kesan kotoran dan minyak yang melekat pada sinki dan dapur, gunakan pencuci serba guna serta lap dengan segera. Lantai dapur lebih cepat kotor dan melekit berbanding ruang lain. Anda boleh menggunakan pembersih lantai yang berbau harum, seperti bau bunga mawar dan tertentu keseluruhan ruang dapur lebih segar.
Di sini, saya sertakan beberapa panduan yang mungkin membantu meringankan bebanan tugas mengemas di dapur.
Di sini, saya sertakan beberapa panduan yang mungkin membantu meringankan bebanan tugas mengemas di dapur.
1- Bagi membersihkan bahagian getah di pintu peti sejuk, semburkan pencuci khas serba guna pada getah tersebut.
--> Lapkan dengan segera mengikut alur secara perlahan-lahan untuk memastikan bahagian getah tidak rosak.
--> Anda tidak perlu membilasnya.
2- Bagi membersihkan sinki dapur dan besen cuci tangan yang tersumbat, anda hanya perlu menggunakan pencuci khas.
--> Curahkan pencuci sistem saluran yang mampu melarutkan bahan seperti minyak pejal, sisa makanan dan rambut.
--> Tuang air panas untuk membuatkan ia larut dengan lebih cepat dan mudah.
--> Gunakan setiap minggu untuk membersihkan saluran paip daripada kuman dan tersumbat.
3- Sembur pencuci cermin dan kaca ke atas permukaan dan lap dengan kertas surat khabar untuk membersihkan cermin tingkap.
--> Bahan berkenaan melambatkan pengumpulan habuk dan kabut.
Labels:
Deko Kediaman
Thursday, September 23, 2010
Siasatan Lanjut Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati
'Arahan siasatan lanjut perkara biasa'
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohamad Hussin, Hadzlihady Hassan, Amir Abd Hamid, Shanty Nur Shaffizan Shafee, Muhammad Apendy Issahak, Shamsul Munir Safini, dan Raja Noraina Raja Rahim2010/09/23
KUALA LUMPUR: “Tiada apa perlu diperbesarkan kerana ia proses biasa yang dilalui polis dalam mana-mana kes sebelum ini,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Mohd Zinin mengulas tindakan Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.
Labels:
bERita NeWS??
Kunci Rumah
Alhamdulillah... Syukur sangat2.. Kunci rumah baru dah dapat semalam, barang2 pun dah pindah cikit. Tapi kena la cuci dlu rumah 2. Kami plan hari minggu ni nk tidor rumah tu dan cuci kemas apa2 yang patut la. Tak sabar lak nak masuk rumah tu tau. Rumah kesayangan kami yang di Johor tu tak pasti lagi nak buat macam mana.
Rumah Johor tu belum rasmi lagi, kami just pergi kemas cikit2 je. Tak pernah tidor lagi kat sana. Plan nak sewakan orang, tp belum ada lagi org telefon tny pasal nak sewa. Kalau nak jual, rasa sayang la plak sebab itu kenangan aset suami semasa dia bekerja di Johor dulu. Buat masa sekarang ni rumah tu still baru dan belum dirasmikan lagi. Harap2 ada la org yang sudi sewa rumah tu. Bayaran bulanan terpaksa kami bayar sebab tak berpenghuni walaupun kami tak duduki. Harap2 ada luck dalam masa terdekat ini.
Hadiah Lumayan
Hadiah ni ditaja oleh suamiku yang budiman lagi menawan. Tahniah kepada mereka semua yang dapat hadiah ni. Kata aluan oleh suamiku...
ari nie saya nk menderma setiap staff pelbagaihala pic sebuah superbike sorg 1 utk konvoi raya cina nty di higway kat plg bwh nie.
utk Kak Kama (depa nie adk bradik kena la model sama)
utk Kak Kama (depa nie adk bradik kena la model sama)
utk Kak Ida (lumba kacung ngan cc time g n balik keje)
utk Kak Linda (senang blk penang:laju tau jaz sejam setengah dr kl-penang)
utk Kak Zue(wat layan karak)
utk saya sendiri (playboy yang baik)
utk cc Jaafar (rare person got rare bike)
World's Greatest Driving Road
Just have a look what they have created in a desert...
The Jebel Hafeet Mountain Road in the United Arab Emirates (UAE) is the greatest driving road in the world. Stretching for 7.3 miles and climbing nearly 4,000 feet, it boasts 60 corners and a surface so smooth that it would flatter a racetrack. It could easily be described as the eighth wonder of the world, but almost nothing is known about its creation.
The road is cut into the Jebel Hafeet Mountain, the highest peak in the United Arab Emirates, the oil-rich Persian Gulf state. The mountain spans the border with Oman and lies about 90 minutes' drive southeast of the thriving city of Dubai. It looks down upon a dusty, desert landscape that belies a nation of astonishing wealth.
utk Kak Linda (senang blk penang:laju tau jaz sejam setengah dr kl-penang)
utk Kak Zue(wat layan karak)
utk saya sendiri (playboy yang baik)
utk cc Jaafar (rare person got rare bike)
World's Greatest Driving Road
Just have a look what they have created in a desert...
The Jebel Hafeet Mountain Road in the United Arab Emirates (UAE) is the greatest driving road in the world. Stretching for 7.3 miles and climbing nearly 4,000 feet, it boasts 60 corners and a surface so smooth that it would flatter a racetrack. It could easily be described as the eighth wonder of the world, but almost nothing is known about its creation.
The road is cut into the Jebel Hafeet Mountain, the highest peak in the United Arab Emirates, the oil-rich Persian Gulf state. The mountain spans the border with Oman and lies about 90 minutes' drive southeast of the thriving city of Dubai. It looks down upon a dusty, desert landscape that belies a nation of astonishing wealth.
Wednesday, September 22, 2010
Buat Duit dengan Jaga Budak
Judul : Buat duit dengan jaga budak
Pengarang : Masnah Ali
Penerbit : PTS Professional
Tahun : 2010
Bil. Muka Surat : 155 halaman
Tajuk Perkara : BABY SITTERS
Penjagaan kanak-kanak tidak terhad bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak sahaja. Suri rumah atau sesiapa sahaja yang mahu menambahkan pendapatan sampingan wajib memiliki buku ini.
Buku Buat Duit dengan Jaga Budak ini fokus pada penjagaan kurang daripada 10 orang kanak-kanak yang berumur empat (4) tahun ke bawah. Maka, ianya tidak memerlukan pendaftaran berbanding Taska (Sekssyen 4, Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984).
Tan Sri Hasmah Abdullah
Pendidikan dan Kerjaya
Tan Sri Hasmah dilahirkan pada 7 Januari 1951 dan mendapat pendidikan awal di Treacher Methodist Girls School, Taiping dan seterusnya di King Edward VII Secondary School, Taiping, Perak. Kemudian beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada 1973. Tamat pengajian peringkat Ijazah, beliau mula berkhidmat di Jabatan Hasil Dalam Negeri sebagai pegawai sangkut dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Penaksir tetap pada 1 April 1973. Perkenalannya dengan jejaka pujaan, Ibrahim Karim membawa pasangan ini ke jenjang pelamin dan dikurniai empat cahayamata.
Beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada 19 Oktober 2006. Sejak menyertai JHDN/LHDNM pada tahun 1973, beliau pernah memegang beberapa jawatan di peringkat negeri mahupun Ibu Pejabat, memberi pengalaman yang luas dalam bidang operasi percukaian, cukai petroleum, pematuhan cukai, penyiasatan dan juga terbabit dalam draf pindaan undang-undang percukaian.
Sepanjang perkhidmatan, beliau menerima beberapa anugerah dan pingat kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) pada 2010, Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P) pada 2007, Setia Mahkota Perlis (S.M.P) pada 2007, Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada 2002 dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada 1990.
Asal Usul Nasi Lemak
Lama sudah tak makan nasi lemak. Makan dengan sambal bilis goreng, udang atau ayam sedap gak ni hehehe padahal baru je minggu lepas kami makan nasi lemak - beli kat nat (pasar pagi) RM 0.60 sebungkus, kecik je la. Sorang 2bungkus hehehe.. Semalam aku masak nasi minyak, tetiba je mengidam nak makan nasi yang berperisa. Lepas balik keje, masak nasi goreng dulu, lepas tu baru masak nasi minyak..
Bila bercerita pasal nasi yang berperisa, aku teringat cerita yang diemail kawan aku pasal asal usul nasi lemak. Berikut adalah ceritanya :- tak tahu la betul atau rekaan semata-mata hehehe kita layan cerita ni...
Alkisah tersebut lah kisah,Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.
Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.
"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.
“Apa kau masak nie seri? ”
"Nasi le Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.
Labels:
Koleksi Cerita Lawak
Tuesday, September 21, 2010
Hujan di Kuala Lumpur
Hari ini suami ku pergi hantar form permohonan perumahan di Putrajaya, menjelaskan semua bil2 yang berkaitan untuk duduki rumah tu. Tak sabar rasanya nk pindah rumah baru tau. Semua hal sudah selesai, tetapi bila nak hantar form tu, suami ku lupa nak cop jawatan pegawai dia, so terpaksa la hantar form tu esok hari. Tapi ok ajer sebab esok boleh bawa barang2 terus untuk masuk rumah baru...
Dalam perjalanan balik, Kuala Lumpur dibasahi hujan.. Tak pa hujan rahmat.. Moga murah rezeki kami selalu...Aminn.. Suami ku dah mula tak sabar nak pindah masuk rumah baru tu. Bersemangat betul siap plan nak kemas barang2 balik keje karang hehehe... Lepas selesai semua hal ni, bolehlah cari lokasi nursery utk Nadia nanti.. Kalau buat bisnes jaga budak memang bagus, tapi nak cari pekerja la plak satu hal...
Wednesday, September 8, 2010
Bukan Aku Yang Buat..
Awal pagi itu, tuan aku keluar pergi mana pun aku xtahu. Aku lapar sangat, dia lupa nak keluarkan makanan aku yang ada dalam almari dapur, so aku pun tidur la kat karpet ala2 bulu apa pun aku xtahu la. Aku pun pelik dengan manusia ni, yang tak berbulu dia nk berbulu, yang tetap azali berbulu, dia tak mahu lak. Memang pelik, nasib la bulu aku cantik, silap2 aku pun jadi tak berbulu. Tetiba je aku terasa ada benda kat atas kepala aku.. Tergedik2 dibuatnya.. Mengganggu mimpi aku yang tengah dating dengan Kitty -kucing jiran. Aku malas nk layan benda alah 2.. Makin lama makin galak benda tu pijak badan aku. Siap patuk2 perut aku lak tu.. Wey ingat aku ada kutu ker? Hari2 aku mandi bershampoo tau. Sunsilk lagi tau.. Ini tak boleh jadi ni.. Aku geram tul..
Bila aku toleh je, nampak la satu makhluk warna hijau.. Perrhhh rupanya burung Nuri. Mai mana pun aku xtau la.. Nak kata sesat, area rumah ni mana ada zoo.. Hairan bin ajaib tul la.. dengan actionnya dia still patuk2 badan aku. Apa lagi, aku bergolek ke kiri lak. Hijau (nama burung) tu xpuas hati still nk kacau aku, dia lompat naik atas aku lagi..
Bila aku buat dek je, aku dengar dia dok patuk benda lain lak. Heran tul aku (heran lagi...) apasal la Hijau ni suka sgt patuk2.. Aku tengok Hijau dok patuk2 henset tuan aku yang ada kat paper work. Aku pun jeritlah "Oi! rosak nanti, tuan marah lah". Tapi Hijau lak buat dek kat aku. Ke dia bisu aku xtahu lak.. Aku dapat tangkap kepala dia. Hishhh...memang geram giler kat Hijau ni.. Tapi dia melawan lak dan terlepas.
Labels:
Koleksi Cerita Lawak
11 Langkah Keselamatan dan Kebersihan Rumah
Sekarang musim perayaan dan cuti sekolah, jadi bagi yang telah berkeluarga ataupun bekerja di kota raya, sekaranglah peluang untuk balik kampung atau melancong. Rumah akan ditinggalkan untuk beberapa hari atau berminggu-minggu. Jadi di sini, ingin saya berkongsi info tentang keselamatan dan kebersihan.
Sebelum kita meninggalkan rumah, kita perlulah :-
1. Pastikan pinggan mangkuk yang telah digunakan dibasuh dan disusun kemas supaya dapat mengelakkan lipas dan semut.
2. Pastikan semua pakaian yang telah digunakan dibasuh dan dijemur supaya anda tidaklah letih untuk membasuhnya apabila pulang dari bercuti nanti.
3. Pastikan barangan berharga disimpan di tempat yang selamat.
4. Pastikan paip air utama ditutup.
5. Pastikan kepala pili gas dapur ditanggalkan dari tong gas.
6. Pastikan semua plag barangan elektrik ditanggalkan dari soket.
7. Untuk menjamin keselamatan, tutup suis utama elektrik.
8. Pastikan semua tingkap ditutup dan berkunci.
9. Pastikan pintu dan grill berkunci.
10. Beritahu kepada jiran tentang ketiadaan anda di rumah.
11. Sekiranya anda pasti semuanya telah diambil tindakan, langkah yang terakhir adalah bertawakal kepada Allah dalam melindungi rumah anda kerana DIA lah sebaik-baik penjaga.
Selamat bercuti. Rancanglah perjalanan anda semoga ianya berjalan lancar. EsyaALLAH..
1 Adalah Satu
Kita mungkin tidak pernah terfikir atau tidak akan fikir mengapa 1 bermaksud atau adalah "satu", 2 bermaksud "dua" dan semua angka. Pernahkah anda berfikir mengapa? Maksud yang tersirat bagi semua angka ini sebenarnya adalah berkaitan dengan sudut !.
Iaitu jumlah bilangan sudut angka tersebut. Cuba anda lukis seperti di bawah :-
Kemudian, anje lukis bulatan kecil di setiap sudut bagi semua angka tersebut. Maka anda telah menemui jawapannya mengapa nombor 1 bermaksud satu dan semua angka ada maksudnya. Selamat mencuba!!....
Subscribe to:
Posts (Atom)