Tuesday, October 26, 2010

Hias Bilik Mandi

Aktiviti mengemas dan membersihkan kediaman dilakukan tanpa berlengah apatah lagi bagi anda yang menerima kunjungan tetamu tanpa diduga. Kemasan di bilik mandi umpamanya antara ruang penting yang perlu diberi perhatian kerana bakal digunakan tetamu. Apatah lagi penataan sempurna ruang berkenaan secara tidak langsung menggambarkan personaliti dan cita rasa pemiliknya.
Ketika merancang atau menghias bilik mandi, pastikan ruang mencukupi bagi mewujudkan keselesaan dan suasana menarik untuk kegunaan ramai. Bilik mandi juga perlu memberikan kemudahan dan manfaat kepada anggota keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Berikut beberapa langkah mudah membersihkan bilik mandi:
1) Lengkapkan diri dengan peralatan membersih seperti berus tandas, cecair pencuci tandas, kain pengelap, cecair pencuci cermin, penyapu berbulu sintetik, mop, beg plastik atau kotak untuk menyimpan barang dandanan diri yang bersepah dan bakul sampah.
● Pastikan ia mudah dicapai atau berada di sekeliling anda bagi mengelakkan tumpuan anda terganggu.

2) umpul semua pakaian kotor ke dalam bakul.
● Perlu diingat, anda sedang mengejar masa dan kerja menguruskan baju kotor disambung selepas tetamu pulang.
3)Buang semua sampah termasuklah produk dandanan diri anda yang tidak digunakan lagi.
● Jika lantai bilik air kering, gunakan penyapu untuk membuang sampah halus.
4)Lap lantai dan gunakan kain pengelap untuk mengeringkan sink atau tab mandi.
● Disebabkan anda mengejar masa, ketepikan penggunaan sabun dan berus.
● Gunakan saja kain pengelap untuk menyental kotoran degil yang sekali gus mengeringkan tempat itu.
5)Bersihkan cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka.
● Jangan lupa, cermin antara perhiasan bilik mandi pertama yang dilihat dan ditatap tetamu.
● Pastikan permukaannya bersih serta bersinar-sinar.
6)Mangkuk tandas juga perlu dibersihkan dan tidak perlu terlalu teliti.
● Lap bahagian luar mangkuk tandas menggunakan tisu basmi kuman atau pengelap yang dicampur dengan bahan penyahjangkitan.

Kek












































































































































































Friday, October 22, 2010

Kencing Kotor

Pada jam 1.30am (20/10/2010 -Rabu) aku terasa mcm nk kencing, so aku pun pergi la menunaikan hajat. Tapi rasa mcm xpuas, so masuk tidur balik. Dalam 10minit kemudian, rasa nk kencing lg, so aku pun pergi tandas, terkejut aku bila tengok air kencing aku bercampur dengan darah, terasa perit masa kencing dan xpuas. Bila diteran2, keluar ketulan darah.. Keadaan ini berulang2 sampi jam 4.15am, mmg xsempat nk tidur. Badan sejuk menggigil dan lapar pulak tu, so makan biskut je la hehe..
Tidur dengan letih, jaga2 dh jam 7am. Memang xsedar langsung. Alarm tepi kepala pun mmg xdengar. Kalau nk diikutkan aku kena pergi Konvensyen KIK kat Putrajaya, tp bila dh sakit gini xlarat lak. So kami pergi ke klinik kerajaan je la. Doktor mengesahkan aku tidak hamil (haid lewat 2minggu) dan bukan masalah batu karang selepas x-ray dibuat. Aku hanya diberikan ubat tahan sakit (Mefenamic Acid 250 mg). Aku mendapat MC pada hari tersebut.
Aku pergi ke pejabat seperti biasa (21/10/2010 -Khamis) walaupun terasa perit dibahagian pinggang. Tapi jam 1pm, terasa amat perit di bahagian pinggang hingga duduk dan berjalan secara perlahan2. Jam 1.30pm kami ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesakan aku mengalami kencing kotor. Mujur tindakan rawatan diambil bg mengelak keadaan yang lebih teruk.
Kencing kotor ini disebabkan aku kurang minum air masak (air kosong). Memang aku mengakui kerana kurang minum air masak. Apabila suhu badan diambil, rupa2nya aku demam panas (38.2'C) dan aku mendapat MC. Aku diberikan ubat demam (Paracetamol), ubat lawas kencing (Ural Effervescent Granules) , ubat tahan sakit (Voltaren SR 75 mg) dan ubat anti-biotik (Augmentin 625 mg).
Sekarang apa yang penting ialah menjaga kesihatan tubuh badan adalah penting. Jangan sampai sakit baru nak jaga. Sakit ni diri sendiri yang menanggung. So aku mula mengamalkan minum air masak dalam kuantiti yang mencukupi dan kerap. Mungkin dalam masa 2minggu lepas, aku mengambaikan minum air masak, tapi sekarang aku pastikan ianya tidak akan berhenti lagi. Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran kita bersama.
Jom Sihat !!

Tuesday, October 19, 2010

Maklumat Penting Tentang Kehamilan

Sebelum hamilTerdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum hamil. Ini bagi memastikan anda dan pasangan benar-benar sihat sebelum kehamilan berlaku.
  • Sebelum anda hamil, lakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah untuk mengetahui ‘kekebalan’ tubuh anda terhadap rubella. Jika ujian disahkan negative, anda perlu mendapatkan imunisasi. Dalam pada itu, doctor akan menasihatkan anda untuk melakukan pencegahan kehamilan paling minimum selama tiga bulan daripada tarikh ujian (kerana anda mendapat suntikan rubella – amat bahaya jika anda hamil dalam tempoh berikut).
  • Jika anda menderita diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsy, penyakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lainnya, dapatkan rawatan susulan dengan segera.
  • Makan makanan seimbang dan jaga berat badan. Tiga bulan sebelum hamil, anda perlu mengambil asid folate 0.4mg setiap hari. Asid folate dapat mencegah kelahiran bayi cacat. Sumber utama asid folate boleh didapati daripada sayuran hijau, hati dan kekacang.
  • Mula bersenam supaya dapat terus melakukan senaman ringan semasa hamil. Senaman membantu anda sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu melahirkan.
  • Jangan merekok atau minum alcohol.
  • Hindari ubat-ubatan kecuali mendapat nasihat daripada doctor terlebih dahulu.
  • Jika salah seorang daripada anda menghidap sebarang penyakit seksual, segeralah bertemu doctor untuk rawatan lanjut.

Sewaktu hamil
Pembentukan organ-organ tubuh yang penting terjadi dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan. Jadi, anda perlu tahu sama ada anda hamil atau sebaliknya. Maka, anda perlu segera membuat pemeriksaan doctor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah pada 14 hari setelah tidak datang haid. Antara kelebihan yang anda peroleh jika mengetahui kehamilan lebih awal ialah :
  • Jika anda ingat tarikh haid terakhir, ini akan memudahkan doctor untuk mengira jangkaan tarikh kelahiran bayi anda.
  • Anda dapat melakukan pencegahan awal jika menghadapi masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehamilan.
  • Apabila disahkan hamil, ini dapat membantu anda untuk menghindari diri daripada mengambil ubat-ubatan yang perlu dielakkan oleh wanita hamil.
  • Jika anda didapati tidak hamil, anda mungkin dapat mengenal pasti masalah-masalah kesihatan lain yang mungkin berlaku.

Saat melahirkan
Anda akan berasa sakit sebelum bayi lahir disebabkan oleh kontraksi pada Rahim yang membuka serviks bagi memudahkan bayi, plasenta dan membranus keluar. Kelahiran dibahagikan kepada tiga tahap :
  1. Tahap pertama: Pembukaan mulut Rahim
  • Serviks terbuka selebar 10cm. ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.
  • Ketika serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah pada saat ini.
  • Rasa sakit pada saat-saat kelahiran sehingga pembukaan penuh serviks mengambil masa antara 10 hingga 14 jam.
2. Tahap kedua : Kelahiran bayi
  • Tahap pengeluaran bayi bermula dari pembukaan penuh serviks hinggalah bayi keluar sepenuhnya.
  • Kontraksi datang setiap 2 hingga 2 ½ minit. Setiap kali terjadi kontraksi bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi terlalu lama, masalah sebegini boleh membahayakan bayi.
  • Jika bayi tidak dilahirkan dalam tempoh 1 jam kontraksi, pembedahan perlu dilakukan.


3. Tahap ketiga : Pengeluaran plasenta (uri)
  • Pada waktu bayi dilahirkan kontraksi rahim menyebabkan plasenta terpisah daripada dinding rahim. Jadi, plasenta akan keluar melalui serviks.
  • Suntikan mungkin diberikan pada saat akhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan pengeluaran plasenta selain mengurangkan pengeluaran darah.

Friday, October 15, 2010

Panduan Didik Anak

Formula pendidikan untuk anak-anak :-
  1. Pemilihan jodoh, latar belakang keluarga, akhlak, agama, rupa paras yang menyejuk mata, ekonomi yang kukuh, tubuh badan yang sihat.
  2. Ibu bapa hendaklah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kejayaan dan kebahagiaan anak sejak bayi dalam kandungan sehingga dilahirkan dan seterusnya.
    Doa Nabi Zakaria a.s (maksudnya) :
    “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu akan zuriat (keturunan) yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.” (Surah Ali Imran : 3)
    Doa Nabi Ibrahim a.s (maksudnya):
    “Wahai Tuhanku! Kurniakan aku (anak) yang termasuk orang yang soleh.” (Surah al-Saffat : 100)
  3. Ketika hendak menurunkan benih, harus didahului dengan belaian kasih sayang sehingga menimbulkan keghairahan yang tinggi untuk mendapatkan zuriat yang baik/sihat.
  4. Ibu harus membekalkan anak dalam kandungan dengan zat pemakanan yang diperlukan untuk proses pembesaran dan kecerdasan otak.
  5. Ibu harus mengawal emosi daripada menjurus kea rah negative seperti marah, gelisah, takut dan sebagainya.
  6. Bacalah al-Quran, dirikanlah solat dengan tetap, lidah basah dengan zikrullah, semoga jiwa sentiasa tenang.
  7. Banyakkan membaca buku ilmiah, kisah Nabi dan Rasul, ulama-ulama dan ahli-ahli falsafah Islam yang agung seperti Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, al-Farabi dan lain-lain. Semoga perwatakan tokoh-tokoh agung ini akan mengalir ke dalam rohani anak dalam kandungan.
  8. Elakkan daripada membaca atau menonton adegan-adegan berwatak ganas atau manusia-manusia tidak bermoral.
  9. Suami harus sentiasa memberi suntikan motivasi kepada isteri.
  10. Ajaklah berbicara dengan anak dalam kandungan sambil membelai dengan penuh kasih sayang, terutama setelah anak dalam kandungan berusia empat bulan, kerana pada waktu itu kandungan sudah diberi roh.
  11. Ketika bayi lahir, sambutlah dengan azan di telinga kanan, kamat di telinga kiri, demi meneguhkan akidah dan kerohaniannya.
  12. Disunatkan membaca Surah al-Ikhlas dan diiringi dengan doa yang bermaksud : “Wahai Tuhanku, aku mohon kepadaMu semoga Engkau melindungi dirinya dan keturunannya daripada gangguan syaitan yang direjam.”
  13. Kemudian digosok langit-langitnya dengan manisan seperti madu, mengingatkan selepas ini dia harus menghisap susu ibunya. Amalan ini dinamakan ‘tahnik’ dan hukumnya sunat.
  14. Pada hari ketujuh selepas kelahiran, sunat dicukur rambut di kepalanya. Ia bertujuan untuk membuka semua liang rambutnya dengan itu akan menguatkan indera penglihatan, pernafasan dan pendengarannya.
  15. Pada hari ketujuh kelahiran, sunat dibuatkan akikah. Jika tidak dapat buat pada hari tersebut, bolehlah dibuat pada hari ke-14, atau pada hari ke-21. Jika tidak dapat juga, buatlah pada bila-bila masa sebelum baligh. Hikmah akikah sebagai tanda bersyukur, menjalin silaturrahim dengan jiran tetangga dan sanak saudara serta mengharapkan doa mereka untuk kebaikkan anak itu.
  16. Pada hari ketujuh juga, sunat diberikan nama yang indah dan ia diistiharkan kepada para tetamu yang hadir. Nama yang baik dari segi sebutan dan maknanya, akan menjadi satu doa dan suntikan motivasi yang berterusan kepada anak.
  17. Jangan dipaksa bayi untuk tidur berterusan siang dan malam. Ajaklah dia bercakap dan hiburkan ketika bayi sedang jaga. Dengan ini, jiwa dan emosinya akan membangun dan kecerdikannya tumbuh dengan subur.
  18. Dodoikan anak ketika hendak tidur dengan kalimat “La ilaha illallah” atau ungkapan lain berbentuk motivasi, doa dan harapan. Di samping itu, jangan lupa timang dengan penuh kasih sayang ketika bangun dari tidur dan pada waktu-waktu yang sesuai.
  19. Anak sebelum boleh bercakap, dan berjalan ke sana ke sini, terlebih dulu dia akan mendengar dan melihat. Oleh itu, wujudkanlah suasana yang harmoni dalam rumah tangga, elakkan perlakuan yang tidak elok dan juga elakkan suara kasar atau bahasa yang kesat, agar jiwa anak-anak tidak dicemari oleh unsure-insur negative.
  20. Jiwa agama hendaklah disemai dan disuburkan secara berterusan, akidah yang kukuh akan menjamin masa depan yang penuh gemilang.
  21. Anak-anak ketika kecil mudah meniru apa-apa jua yang dilihatnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah member contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka.
  22. Dedahkan aktiviti mencabar untuk menanamkan sifat berani, keyakinan diri dan berdikari. Contohnya memanjat, berenang, berlumba lari.
  23. Ibu harus bijak menghadapi telatah anak. Jika anak suka mencoteng dinding, nasihatilah dia, berilah dia kertas atau buku, biar dia mengembangkan bakatnya untuk menulis.
  24. Jangan terlalu memanjakan anak, kerana ia boleh melemahkan jiwanya. Latih anak kecil untuk membina sikap berdikari.
  25. Ketika anak berusia tiga hingga empat tahun, perdengarkan kata-kata hikmah yang pendek dan ulang selalu sehingga anak-anak dapat menghafalnya. Kemudia, suruh anak menghafal doa dan surah lazim ketika berusia empat hingga lima tahun.
  26. Ajar dan latih anak-anak mendirikan solat dan berpuasa supaya meeka dapat melakukannya dengan sempurna ketika berusia 10 tahun.
  27. Ibu bapa mesti sehaluan dalam mendidik anak.
  28. Ibu bapa mesti tegas ketika memberikan arahan kepada anak-anak untuk melakukan dolat dan disiplin keagamaan serta akhlak. Sekiranya anak yang sudah berumur 10 tahun masih enggan solat boleh dirotan sebagai pengajaran dan peringatan, merotan di bahagian punggung atau tapak tangan.
  29. Anak yang berbuat salah, hendaklah ditegur dan jika perlu dimarahi atau dicubit pahanya atau perutnya. Sementara yang melakukan kebaikan, perlu diberi sanjungan/hadiah sebagai perangsang dan iktibar kepada anak yang lain.
  30. Beri pendedahan kisah orang-orang kenamaan yang telah menempa kegemilangan dalam hidup mereka, dan telah berjasa kepada Negara/dunia, semoga akan menumbuhkan cita-cita besar pada diri anak kita.
  31. Anak yang sudah besar pun masih memerlukan nasihat dan peringatan menerusi khutbah di masjid atau pembacaan buku-buku agama.

Monday, October 11, 2010

Hidup di Dunia

Hidup ini bagai lampu dinding..
Yang dihiasi di malam hari..
Apabila minyak sudah habis..
Iakan terpadam sendiri..
Inilah bait-bait lagu dari kumpulan nasyid "Hijjaz" yang sentiasa menjadi ingatan bagi sejak ku di bangku sekolah lagi sehingga sekarang. Hidup ni hanya sementara. Yang kekal abadi adalah Akhirat, yang menjadi destinasi terakhir bagi kita sekalian umat. Yang menjadi tempat paling dirindui oleh para Mujahiddin Islam..
Tetapi bagi kita umat akhir zaman ini, adakah ianya menjadi pilihan kita? Yang masih leka dengan kehidupan dan kemewahan duniawi ini? Yang masih belum puas dengan kenikmatan syurga dunia? Yang belum puas dengan pangkat, darjat, harta kekayaan?
Bagi pengejar duit, makin dikejar duit, makin tidak cukup baginya walaupun duit itu dihimpun penuh 1 bilik. Bagi pengejar pangkat, hidupnya tak akan puas walaupun dia menyandang beberapa pangkat dan amanah. Bagi pengejar harta kekayaan, tidurnya tak akan nyenyak walaupun katil tidurnya bersalut emas dan mutiara.
Hatiku terusik lak kala mengingati bait-bait pesanan lagu itu, menyedarkan aku dari keasyikan dunia ini. Tetapi aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang walaupun suami, anak dan keluarga yang menjadi peneman di dunia ini..
"Ya ALLAH, Kau tabahkanlah hati kami dalam mengharungi hidup dan dugaan yang mendatang, Kau peliharalah aku, suamiku, anakku dan keluargaku dari segala kejahatan dan mara bahaya. Dari fitnah dunia dan akhirat, dari hasad dengki dan tipu daya syaitan dan hawa nafsu. Dan Kau berilah kesihatan yang baik kepada kami semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Agong lagi Maha Mengetahui segala kejadian di langit dan bumi. Ameen.."

Jagalah HATImu

Sewaktu lahir ke dunia, hati manusia putih bersih umpama kain putih yang tiada sebarang warna dan corak di atasnya. Itulah keadaan “fitrah” seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW.

Hati yang bersih itu kerana tiada sebarang “titik hitam” yang mengotorinya. Tiada calar-balar dan kekeruhan. Tiada campur tangan luar. Keadaan ini berlangsung sehingga umur seseorang mencapai usia balighnya. Usia taklif.

Seseorang insan dikira bertuah dan mendapat kejayaan yang besar apabila ia dapat menjaga dan memelihara hatinya kekal dalam “kebersihan dan kesucian” hingga ke hujung usia taklifnya.

Jumlah “insane-insan hebat lagi terpilih” itu tentunya amat sedikit. Macam antah dalam beras. Apa tidaknya, zaman keanakan dan keremajaannya tidak tercemar dengan tempias duniawi dan lumpur kemaksiatan yang sedang atau mula “mengotori” hati ramai orang. Barangkali inilah remaja-remaja yang bakal beroleh lindungan ‘Arasy ar-Rahman pada hari pembalasan yang penuh dengan ketakutan. Siapakah mereka?

Mereka ialah para remaja atau pemuda pemudi yang tetap iman, tetap matlamat, jelas hala tuju, jati diri, konsisten, istiqamah dan beriltizam dalam ibadah dan ketaatan. Pendirian mereka teguh sekalipun amukan nafsu dan syaitan datang bagai angin taufan yang menggila, berselang seli dengan petir yang menyambar dan dentuman guruh yang gegak gempita.

Harus diingat, kekeruhan dan kecelaruan hati anak-anak yang baru menjengah ke usia baligh itu ada kaitan besar dengan cara bagaimana orientasi pendidikan yang diguna pakai dan ditarbiahkan oleh kedua-dua ibu bapa terhadap anaknya itu.

Bagi ibu bapa yang “mutadayyin” (orang yang beragama) dan Islami, yang mementingkan pendidikan Islami, akidah rabbani, akhlak dan adab sopan, usia rebung anak-anak dijaga dan dipikul dengan penuh amanah, kesedaran, keinsafan, perihatin dan tanggungjawab.

Ibu bapa yang kabur, fasiq, jahil, memuja kehidupan Yahudi dan Nasara, memuja hedonism, tiada matlamat hidup, ternyata telah merosakkan “rohaniah” anak-anak anugerah Tuhan itu. Maka rosaklah serosak-rosaknya fitrah anak-anak yang bersih lagi tidak berdosa itu hasil kecelaruan minda dan rohaniah kedua-dua ibu bapanya. Mereka telah mengorientasikan hati anak-anak dengan sesuatu yang tidak wajar bahkan menyimpang jauh daripada kehendak dan perintah Allah dan Rasul.

Inilah yang dikatakan kesan pendidikan. Inilah dosa dan kezaliman besar yang dilakukan oleh ibu bapa. Inilah kederhakaan ibu bapa terhadap anak-anak sebagaimana yang disebutkan oleh Amirul Mukminin, Sayidina Umar ibnul Khattab.

==>Petikan dari buku “Lembutkanlah Hatimu” karya Amaluddin Mohd Napiah..
Terima kasih kepada ayahku Desa bin Sawai, mak Embun binti Ali, Allahyarham wan Hj. Ali bin Lebai Teh, Allahyarhamah tok Hjh. Che Ma binti Dzahaban kerana menjaga dan mendidikku menjadi insan seperti sekarang. Jasamu ku kenang hingga akhir hayatku..