Bersempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun (19 Jun 2011), saya ingin mengucapkan Selamat hari Bapa walaupun sudah lewat kepada bapa2, bakal bergelar bapa dan kepada suami yang merancang untuk bergelar bapa... (^_*)...v
Tanggungjawab seorang bapa juga amat besar dalam keluarganya. Maka wajarlah kita sebagai anak untuk menghormati mereka sebagaimana kita menghormati ibu diatas pengorbanannya, tanpa perlu ada pilih kasih..
Di antara tugas atau peranan seorang bapa terhadap keluarganya ialah :-
1. Menyediakan bajet : seorang bapa adalah wajib baginya untuk menyediakan keperluan nafkah yang halal dengan usaha sedaya mungkin. Hal ini adalah penting kerana ianya akan menjadi darah daging kita sekeluarga. Maka jangan jadikannya sebagai hal yang remeh-temeh.
2. Memimpin : sebagai pemimpin dan ketua keluarga, bapa perlulah kuat imannya, kuat jiwanya dan bijak merancang perjalanan hidup bagi keluarganya. Pemimpin yang kuat imannya tidak sekali-kali akan bertolak ansur dalam perihal soal dosa. Maka dengan itu, bapa perlulah mendidik keluarganya agar mentaati ajaran agama, kasihkan Allah dan Rasul-Nya, takutkan azab dan amarah Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Ajarlah doa-doa dan amalan harian yang telah digaris-panduan dalam ajaran Islam. Pemahaman berkenaan agama adalah penting, bukan hanya sebagai ikutan semata-mata.
3. Melindungi : seorang bapa wajib untuk melindungi anak2 dan isteri daripada dikhianati atau dizalimi oleh orang lain. Oleh sebab itu, awasilah pergerakkan mereka, siapa rakan2 mereka dan apakah aktiviti harian mereka. Tentulah tidak wajar bagi seorang bapa untuk membiarkan anak lelakinya bergaulan bebas dengan wanita, anak perempuannya keluar rumah tanpa ditemani warisnya.
Memang sebagai ketua keluarga, kaum bapa pegang tanggungjawap yang berat. Perkongsian yang bagus! :)
ReplyDeletenice..tQ 4 sharing.. ;)
ReplyDeletehmmm kita sbgai tulang blakang keluarga kna la slalu ingatkan @ saling mgingati kepada kaum suami.. (*_*)...v
ReplyDeleteakak Yati n ziraziz :- 10s sbb komen anda..