Friday, June 24, 2011

Kereta Dan Jemmm

Hari Ini Dalam Sejarah...!!! Buat pertama kalinya bagi tahun 2011 (setakat hari ini la), kami suami isteri pergi kerja dengan menaiki kereta.. Selalunya remp-it dengan kapcai kami jer... Tapi disebabkan nk balik kampung (Perlis) so kami kuar by kereta terus. Tak payah nk balik rumah dah, kena pulak dah dekat dengan tol Jalan Duta ni hehehe..


Barang2 semua dh siap packing dari semalam lg, so pg2 td bangun jam 5.15am just get ready mandi, solat n pastikan semua dh ok sebelum keluar rumah. Bertolak dari rumah tadi jam 6.30am, elok2 Pak Imam kat surau kata Aminnnnn lepas baca doa..

Ni la muka aku yg tak pandai bermake-up hehehe... (pada hal muka aku ni arlegik la dgn make-up, so senang xpayah nk ambik masa nk bermake-up.. just pakai bedak sudah)... Kadang2 jeles je tgk kengkawan yg kiut-miut yg pakai make-up...hmmmm ('_';)...v saborrr je la...


Ni plak gambar En. Suami yg serius bawa kete.. td ada gak bawa kereta 140km/h.. Dia kata dengan kelajuan ni la yg kadang2 kami remp-it dengan kapcai kami.. hmmm laju gak kan.. dengan kereta tak terasa sangat sebab tak kena angin.. just sejuk dengan aircond je hehehe... AMARAN!!! Tunggang dengan selamat, Bukan tunggang langgang... (hehe kempen bermotosikal dengan Kawasaki 1000cc)...


p/s untuk En. Suami :- kalau nk upgrade kapcai Naza Blade 250 anda.. kena la jana pendapatan lebih... leh sayang tumpang naik hehehe (*_#)...v


Alhamdulillah.. keadaan trafik tak la jemmm pagi ni. Mungkin awal lg kot, jam dah menunjukkan pukul 7am... kami masuk keje kul 8am hehehe so boleh la lepak2 minum kat Medan Jalan Duta...
Kalau dh pukul 7am ++ kang mau la jem... kena plak musim gaji dan hari Jumaat kan... So poket penuh, hari Jumaat mmg ramai la kenderaan 4 tayar di jalan tau.. hihihihi...

Tadaaaa ni la office aku.. hmmm office En. Suami pun dalam kawasan yang sama, just blok lain je.. So senang la kan nk pergi balik keje.. Tapi kalau En. Suami kena pergi kursus, naya la aku... huahuahuahua (i_i)....v takutttttt!!!!!!! takut nk drive kete... hmmm kalau remp-it, ok la aku berani bawa motor, tapi En. Suami tak yakin plak sbb jauh la... Hmmm so En. Suami tak leh pergi kursus jauh2, kalau aku pergi kursus jauh2 n lama2 boleh la ...(hahahha kuasa veto)... Jangan marah yer En. Suami... (^0^)...v



Ni plak Kompleks Mahkamah Jalan Duta, sempat gak aku snap... En. Suami kena pergi buang sampah. hehehe td aku terlupa nk suruh berhenti kereta kat rumah sampah kat rumah kami td.. Time tu aku dok bgtau apa bil2 yang patut dibayar sebelum balik kampung... Tau2 je la balik kampung kang terlebih joli plak, so nk selamat selesaikan dulu bil2 kereta, PTPTN n semua la hehehe...


Sel@mAt bERg@ji .... & SeL@maT berCUt!

(*_*)....v


Wednesday, June 22, 2011

Kempen Derma Darah 2011


Kempen Derma Darah 2011 di office aku telah bermula.... Aku pun dengan semangat yg terkobar2 terus mendaftarkan diri. Gambar poster ni sempat gak aku snap dalam lif hahhaha (*_*)....v caya lahhhh... Time daftar pagi tadi, aku adalah orang ke-8 tau.. Kata ada perasmian, itu aku turun awal2.. Tgk2 depa rasmi lambat daaa... so teruskan hajat menderma itu yg penting... Ini kali ke2 aku menderma, dulu2 time study kat politeknik depa ada buat tahun 2006 kot.. lupa plak..




Ni gambar para pederma darah.. semua pakat2 semangat.. Awal2 pg ni yg ramainya urusetia je hehehe.. Dewan ni la dulu aku mula2 interview nk masuk keje.. mmg kenangan tul la.. (Aldlh... dapat gak koje kan ni yer??? (^_*)....v




Gambar ni sempat gak aku snap.. tgk brother dua org tu cm tdo je... hehehehe ke tgh menghayati tusukkan jarum besar yg menyedut darah... tak pun tengok awek misi yg kiut2 tu hehehe...

Tadaaaa..... ni la pack darah aku yg telah didermakan... Alhamdulillah...tercapai gak hajat nk menderma ni.. Untuk tahun depan xtau nk derma lg ke x.. Kot2 terancang nk tambah ahli baru dlm family... hehehe esya-ALLAH jika ada rezeki..




Adoiiii.... tolong2... jangan potong lengan saya....!!!! (^_^)...v time ni dh habis menderma daaa... ni misi tgh bik darah dari tiub utk masukkan dalam tabung darah (alaaa mcm tabung uji, tp ada penutup kedap udara la.. xtau panggil apa)...



Selesai sudah misi aku untuk menderma darah bg tahun ni.. So dapat la sijil penghargaan n goody bag dari penaja.. Haaa pil asid folik pun aku ambil.. Untuk menjana semula kesihatan diri hehehe...

Derma Darah.. Selamatkan Nyawa...
(*_*)....v

Tuesday, June 21, 2011

Peranan Bapa Dalam Keluarga

Bersempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun (19 Jun 2011), saya ingin mengucapkan Selamat hari Bapa walaupun sudah lewat kepada bapa2, bakal bergelar bapa dan kepada suami yang merancang untuk bergelar bapa... (^_*)...v


Tanggungjawab seorang bapa juga amat besar dalam keluarganya. Maka wajarlah kita sebagai anak untuk menghormati mereka sebagaimana kita menghormati ibu diatas pengorbanannya, tanpa perlu ada pilih kasih..


Di antara tugas atau peranan seorang bapa terhadap keluarganya ialah :-

1. Menyediakan bajet : seorang bapa adalah wajib baginya untuk menyediakan keperluan nafkah yang halal dengan usaha sedaya mungkin. Hal ini adalah penting kerana ianya akan menjadi darah daging kita sekeluarga. Maka jangan jadikannya sebagai hal yang remeh-temeh.


2. Memimpin : sebagai pemimpin dan ketua keluarga, bapa perlulah kuat imannya, kuat jiwanya dan bijak merancang perjalanan hidup bagi keluarganya. Pemimpin yang kuat imannya tidak sekali-kali akan bertolak ansur dalam perihal soal dosa. Maka dengan itu, bapa perlulah mendidik keluarganya agar mentaati ajaran agama, kasihkan Allah dan Rasul-Nya, takutkan azab dan amarah Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Ajarlah doa-doa dan amalan harian yang telah digaris-panduan dalam ajaran Islam. Pemahaman berkenaan agama adalah penting, bukan hanya sebagai ikutan semata-mata.



3. Melindungi : seorang bapa wajib untuk melindungi anak2 dan isteri daripada dikhianati atau dizalimi oleh orang lain. Oleh sebab itu, awasilah pergerakkan mereka, siapa rakan2 mereka dan apakah aktiviti harian mereka. Tentulah tidak wajar bagi seorang bapa untuk membiarkan anak lelakinya bergaulan bebas dengan wanita, anak perempuannya keluar rumah tanpa ditemani warisnya.


Banyak lagi peranan yang perlu dipikul oleh seorang lelaki yang bergelar bapa, mahupun tanggungjawabnya sendiri sebagai seorang suami kepada isterinya, seorang anak kepada ibu bapa dan mertuanya sendiri. Maka dengan itu, carilah ilmu dalam memperbaiki diri ke arah kebaikan bersama... (*_*)...v



Monday, June 20, 2011

G@MbaR crE@tiF



cANTIK kan gambar2 ni...

hmmmm leh buat koleksi la...

nk lukis xtau mampu buat ke X?

hehehehhe.... meh kita layannnnnnnnn... (*_*)....v












................ menarik................

ada berani nk acu cuba try test ker? hohohoho.....

(^_^).....v



STrE$

Pak Cik ni tengah stress la... Ku yang tengok pun boleh naik stress hehehe...












Bila kita berasa stress??


#dalam bahaya


#cuba melakulan banyak perkara dalam 1 masa
#pengurusan masa yang teruk


#membuat keputusan tergesa-gesa








Perkara biasa terjadi yang menyumbangkan masalah stress..


#seseorang memungkiri janji


#masalah dengan komputer


#tidak boleh tidur


#tidak siap kerja


#rasa dipinggirkan


#putus cinta








Tanda stress....


#fizikal (gangguan tidur, pening, migrain, lemah sistem pertahanan badan)


#emosi (kelesuan, sedih, gelisah, marah)








Kenapa saya stress??


#faktor diri (masalah kesihatan, perhubungan, emosi)


#faktor sosial (persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi)


#faktor trauma (berlaku situasi tidak diingini, kematian)


#faktor fikiran (risau, takut pada sesuatu yang tidak pasti)











Kanak-kanak juga menghadapai stress tau... So jangan biarkan mereka mengalami stress. Ajar dan bantulah mereka...








Hmmmm haiwan pun ada stress jugak ker? hohohoho... klu tengok haiwan perliharaan kita murung semacam je... So betullah mereka pun stress.. So bawalah berjumpa doktor haiwan... (^_*)....v









Walaupun stree sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yang terbaik..








Semoga anda dapat menangani stress dengan baik... (*_*)....v